GUILIN - PART VIII : WE CHAT

Aplikasi We Chat digunakan secara meluas di China. Gambar carian internet


Aplikasi We Chat adalah paling popular dan power di negara ini. Aplikasi ini bukan sahaja di gunakan untuk berkomunikasi seperti menghantar sms, membuat panggilan dan membuat carian tetapi ia digunakan dalam urusan pembayaran.

Ya, membayar menggunakan aplikasi We Chat. Pergi sahaja ke restoran dan pesan menu yang kita inginkan. Dan kesan kod QRdan kaching. Pembayaran selesai. Tidak perlu lagi membawa wang yang banyak dalam satu-satu masa.

Imbas kod QR untuk membuat pembayaran. Gambar carian internet


Perasan tak ada walletdi aplikasi ini. Disitulah semuanya bermula. Maklumat bank dan sebagainya perlu diisi terlebih dahulu. Saya tidaklah mahir mengenai aplikasi ini tetapi sempat juga belajar dengan rakan dari China suatu ketika dulu.

Berbalik kepada penggunaan We Chat untuk berkomunikasi, yang paling penting adalah kita simpan nama dan nombor telefon hotel yang kita akan menginap atau nombor ‘contact person’. Takut-takut kalau disoal oleh Imigresen. Hehehe. Manalah tahu tersesat dan sebagainya.

Belum lagi cerita guna We Chat untuk pembayaran hotel, check in, check out, pesan sarapan di hotel dan sebagainya. Arghhh. Begitulah pentingnya aplikasi ini kepada mereka. 

1 comment:

  1. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete