MANA SATU ANDA? 10 JENIS PENGEMBARA

Bila mengembara kita pasti akan ada pilihan kembara kita sendiri. Dengan siapa kita akan kembara, apa yang kita akan bawa dan ke mana destinasi kita, semuanya memainkan peranan dalam menggambarkan siapa diri kita. 

Pilihan kita kadangkala mungkin tidak masuk akal dan tidak boleh diterima oleh rakan kembara dan sebaliknya. Adakah senarai berikut sesuai untuk menghuraikan diri anda atau anda pernah ada pengalaman dengan pengembara seperti ini?

1. Pengembara Bajet

Bilik Dorm di St Christopher's Hammersmith, London
Picture via Booking.com

Jenis pengembara ini lebih gemar membuat tempahan tiket lebih awal bagi mendapatkan harga 'best price' dan murah. Menaiki kapal terbang lebih lama adalah bukan masalah kepada pengembara bajet. Jadi, tidak ada masalah juga untuk tidur berkongsi fasiliti di apartment atau hostel dengan pengembara asing yang lain. Selalunya jenis ini suka mengembara ke banyak destinasi dengan bajet terhad.

2. Pengembara Solo

Picture from Google

Pengembara solo suka mengembara menggunakan beg galas belakang daripada mengheret bagasi. Pengembara jenis ini selalunya tiada plan perjalanan yang tetap dan lebih gemar mengikut langkah kakinya sendiri yang membuatkan mereka lebih gemar mengembara solo dan berkenalan dengan sesiapa sahaja yang mereka jumpa sepanjang perjalanan. Jangan ajaklah jenis ini membeli belah kerana mereka hanya suka kepada benda kecil dan murah tapi memberi makna kepada perjalanan mereka seperti keychain, souvenir baju, poskad dan sebagainya.

3. Fotographer

Fotographer adalah jenis pengembara yang melihat pengembaraannya melalui kamera. Kamera adalah rakan baik mereka dan mereka sanggup berhabis duit untuk mendapatkan peralatan kamera yang tiptop. Mereka akan merakam dan menangkap gambar apa sahaja yang mereka nampak. Jangan haraplah nak ajak pengembara jenis ini berjalan laju. Setiap tempat itu mungkin mengambil masa yang lama. Pemandangan cantik? Makanan? Orang? Pokok? Binatang? Bangunan? Semuanya click, click, click. Mereka selalunya gemar juga menangkap gambar seperti ini :

Picture from Google

4. Kaki Selfie

Kawan baik kaki selfie adalah 'selfie stick'. Tak lengkap kembara kalau tiada peralatan ini. Janganlah harap lah nak menempel dalam gambar si kaki selfie. Satu gambar sahaja penuh mukanya. Kalau tangkap gambar pemandangan pastinya jenis ini akan berdiri membelakangkan pemandangan dan menghulurkan selfie stick ke atas dan buat muka comel. Click! Siap. Gambar akan jadi macam ini :

Picture from Google, Cascadia

Tapi kaki selfie juga tidak semestinya memerlukan 'selfie stick'. Mereka boleh menggunakan tangan mereka sendiri untuk menangkap gambar. Serba boleh!

5. Pengembara Mewah

Nama pun dah menggambarkan jenis pengembara ini. Mereka selalunya akan memilih untuk terbang di kelas bisnes atau ke atas. Ada juga yang terbang dengan penerbangan peribadi. Fuyyyooo. Mereka juga menginap di hotel-hotel mewah atau kapal persiaran mewah dan makan juga makanan mewah. Perjalanan mereka dengan menaiki kenderaan mewah dan pusat membeli belah adalah lokasi wajib mereka. Mereka ini akan membawa beg bagasi besar dan segala keperluan akan dibawa daripada rumah. Baju, seluar, cermin mata, topi, kasut, jam, minyak wangi dan sebagainya. Penampilan adalah keutamaan mereka bagi nampak ada kelas. 

Picture from Pangkor Laut Resort

Jenis ini selalunya akan balik dengan adanya penambahan bagasi penangan membeli belah lah!

6. Kaki Makan

Siapa pengembara seperti ini kita adalah geng dan boleh kembara sama-sama nanti. Jenis ni makan apa sahaja yang lalu didepan mata dan berani mencuba makanan yang baru. Senang dan tidak cerewet. Mencuba makanan lokal adalah keutamaan mereka. Kata mereka kalau tidak makan makanan lokal maka tidak bermaknalah pengembaraan itu. Gitu... Sanggup berhabiskan duit untuk makan dan bukan barangan di pusat membeli belah. 

Picture from Google, ICT Warung Pok Nong

Picture from Google, Hussain Pasembur

Kelompok ini selalunya makan di kedai-kedai lokal di tepi-tepi jalan dan betul-betul lokal.

7. Kembara Berkumpulan

Pengembara berkumpulan selalunya mengembara dalam kumpulan samada berdua atau lebih. Kalau mengmbara solo jawabnya tak bergeraklah. Pengembara ini mengikut halatuju majoriti kumpulan dan tiada banyak soal asalkan anda tiba di destinasi. Kebanyakan daripada mereka memilih mengembara menggunakan Agensi Pelancongan.

A group of Arab's Tourist in Kuala Lumpur. Managed by Khalifakota Travel Sdn Bhd.
Pic from Facebook of Imraan Khalifakota

8. Pengembara Lasak

Pengembara ini mempunyai tahap adrenalin yang tinggi dan sukakan alam semulajadi serta lebih gemar menghabiskan masa dengan aktiviti lasak seperti berenang, mendaki gunung, kayuh basikal dan berjalan kaki jauh. Jenis ini juga lebih gemar mengembara menggunakan caravan daripada tidur di hotel atau apartmen. Bungee Jumping, Flying fox, roller coaster adalah tiada masalah bagi mereka.

KL Tower BASE Jump
Picture from Google, Ian Hard

9. Pengembara dengan kamera DSLR

Pengembara dengan kamera di leher. Tangkap gambar atau tak adalah tidak menjadi masalah. Yang penting adalah mereka akan tangkap gambar bila mereka rasa perlu. Setting kamera kelaut pun tak menjadi masalah. Kebanyakan rakan kembara akan tertarik dengan kamera anda dan jenis ini tidak kisah memberi pinjam kamera kepada rakan kembara asalkan gambarnya ada dalam gambar yang ditangkap. Mudah kerja. Hehehe...

Pic from Google, OP/TECH USA

10. Fashionista/OOTD

Fashionista selalunya mengembara dengan beg bagasi besar kerana dalamnya ada pelbagai jenis barangan. Kalau 5 hari pengembaraan maknanya akan ada 5 helai baju, 5 helai seluar, 5 pasang kasut, 5 jenis beg, 5 jenis tudung dan semuanya 5 jenis. Satu jenis untuk satu hari. Mujur satu hari kalau satu hari 2 set, jenuh...

Pic from Google, Pinterest


Fashionista akan muatnaik gambar dalam media sosial dengan status dan diikuti dengan :

Beg oleh : YSL
Baju : Peace
Seluar : Voir
Kasut : Nike
Tudung : Ariani
Cermin mata : Dior
Minyak wangi : D&G, erkkk




1 comment:

  1. ada 8 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete