Percutian Tanah Tinggi Menarik di Pahang

Kebanyakan tempat percutian tanah tinggi di Malaysia ada di Pahang. Kalau di Sabah ada Kundasang, maka di Pahang kita ada Cameron Highlands, Bukit Fraser, Genting Highlands dan Bukit Tinggi. Kesemuanya terletak tidak jauh antara satu sama lain dan setiap satunya unik dengan cara tersendiri.


1. Cameron Highlands

Cameron Highlands juga terkenal dengan nama Tanah Tinggi Cameron dan kawasan ini popular dengan ladang teh di kawasan tanah tinggi. Selain itu, pengunjung boleh melawat ke ladang strawberi, sayur, bunga, herba dan buah-buahan.

Gambar daripada mohberlibur.blogspot.com

Jangan risau kalau melawat ke sini kerana banyak pilihan tempat penginapan disediakan seperti hotel, homestay, apartmen, motel dan sebagainya.

Tempat makan bukan menjadi masalah kepada pengunjung ke sini kerana pelbagai jenis makanan disediakan bagi mengisi perut pengunjung semua.


2. Bukit Fraser

Bukit Fraser terletak lebih kurang 2 jam perjalanan daripada Kuala Lumpur.

Waktu terbaik untuk berkunjung ke sini adalah pada bulan April hingga September. Cuaca lebih kering dan sesuai untuk aktiviti luar yang menjadi tarikan utama destinasi ini.

Cuaca di sini boleh mencecah sehingga 22-28C pada siang hari dan 16 hingga 20C pada waktu malam. Walaubagaimanapun, cuaca disini berubah-ubah dan hendaklah sentiasa bersedia dengan keperluan dan peralatan.

Untuk kesini pengunjung boleh menggunakan Lebuhraya Karak (E8) dan susur keluar ke Bentong atau Lebuhraya Utara Selatan (E1) dan susur keluar ke Kuala Kubu Baru.

Tarikan utama adalah menara jam yang terletak di tengah-tengah pekan Fraser Hill yang juga merupakan mercu tanda destinasi ini.

Cadangan tempat menarik di Fraser Hill.


Sumber : Pinterest

3. Genting Highlands

Jika ingin melancong ke kawasan sejuk tetapi tiada masa untuk melancong lama ke Eropah anda boleh terus ke Genting Highlands. Cuacanya yang boleh mencecah sehingga 16C dan pada paginya berkabus adalah seperti anda berkunjung ke negara Eropah. Tambahan lagi, kawasan tanah tinggi ini hanya 1 jam perjalanan memandu dari Lembang Klang.

Cara lain anda boleh ke puncak dengan menaiki kereta kabel yang dipanggil Awana Skyway yang beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Ia mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit untuk sampai terus ke stesen Sky Avenue yang terletak di Pusat Membeli Belah Sky Avenue.  

Sumber : Hafiz Johari/Shutterstock

Ada dua jenis gondola boleh anda pilih. Gondola biasa berharga RM8 untuk satu hala dan gondola bercermin pula berharga RM50. Tiket boleh dibeli di tingkat 2 bangunan Awana Skyway. Rancang awal jika ingin datang pada musim cuti sekolah kerana destinasi ini menjadi tumpuan pengunjung saban tahun.

Kalau ke sini jangan lupa singgah ke Genting Premium Outlet di KM13, Genting Highlands Resorts, 69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur. Lebih kurang 150 kedai menjual barangan berjenama di sini antaranya Adidas, Coach, Michael Kors, Tumi dan banyak lagi.

Cuba klik sini untuk banyak lagi destinati lawatan.

4. Bukit Tinggi

Bukit Tinggi terkenal dengan tarikan bangunannya yang ala-ala Perancis. Lokasinya yang sangat mudah untuk di kunjungi menjadikan destinasi ini adalah antara yang paling popular di Pahang.


Sumber : Google 

Melawatlah ke Colmar Tropicale French Village yang dibuka oleh Berjaya Hills Resort yang diilhamkan daripada Colmar Village Alsace di Perancis. Daripada seni dan bentuk bangunannya sehinggalah kepada persekitarannya memang macam ala-ala berada di dalam filem klasik Eropah.

Jangan lupa jika datang ke sini bawa kamera dan pakai baju cantik-cantik dan bolehlah bergambar sakan.

Bayaran masuk adalah RM16 bagi dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak.

Nah perkongsian untuk destinasi lain.

1 comment:

  1. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D

    ReplyDelete