MUDAHNYA BELI TIKET KAPAL TERBANG DENGAN EXPEDIA

Sebelum ini ramai yang telah berkongsi tips bagaimana untuk mendapatkan tiket kapal terbang dengan harga yang murah dan berpatutan. Namun, keberkesanan itu nampaknya tidak menjadi kepada saya. Atau saya yang tidak pandai untuk memanipulasi laman web penjualan tiket tersebut. Entahlah.

Entri kali ini saya ingin berkongsi cara-cara untuk membeli tiket di laman web pihak ketiga. Walaubagaimanapun, saya pasti ramai diluar sana yang boleh mendapatkan tiket dengan harga lebih rendah daripada membuat tempahan di web pihak ketiga namun berdasarkan pengalaman saya, saya berjaya mendapatkan harga yang lebih murah daripada membuat tempahan di laman rasmi penerbangan itu sendiri.

Ikut sahaja langkah berikut :

LANGKAH 1: BUKA LAMAN WEB RASMI EXPEDIA (HTTPS://WWW.EXPEDIA.COM.MY/)   


Paparan utama laman web tersebut akan memaparkan beberapa pilihan untuk tempahan seperti hotel, tiket kapal terbang, tiket kapal terbang + hotel, sewa kereta dan cadangan itinerari. Untuk tujuan entri kali ini, pastikan anda dah klik pada tab nombor dua dari kiri, iaitu untuk pembelian tiket kapal terbang.

LANGKAH 2: PILIH JENIS PERJALANAN TIKET KAPAL TERBANG


Ada 3 pilihan untuk jenis perjalanan tiket kapal terbang anda. 

(i) Roundtrip - Tiket jenis ini membenarkan anda untuk terbang ke satu destinasi dan pulang semula kepada destinasi asal. Maksudnya jika anda terbang dari A ke destinasi B, anda akan pulang semula ke A. Untuk lebih jelas, KUL - LHR - KUL.

(ii) One Way - Tiket penerbangan sehala membenarkan anda untuk terbang dari A ke B sahaja. Jenis ini selalunya tidak memerlukan anda pulang ke destinasi asal. Jika anda bertujuan untuk melancong, adalah lebih baik jika anda membeli tiket ‘round trip’ bagi memudahkan urusan imigresen.

(iii) Multi-city - Tiket jenis ini pula membenarkan anda melancong ke beberapa destinasi. Contohnya, KUL - LHR - LPL - EDI - LGK. Perjalanan anda akan melibatkan penerbangan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Destinasi akhir anda berkemungkinan boleh jadi sama dengan destinasi asal atau destinasi yang lain. Dalam contoh sebelum ini, anda terbang dari KUL (Kuala Lumpur) dan berakhir di LGK (Langkawi).

Kenapa perlu anda tahu semua ini? Hal ini kerana harga tiket adalah berbeza-beza. Jika dahulu anda mendapat harga murah dengan membuat tempahan dengan ‘round trip’, sekarang anda mungkin ada pilihan lain untuk mendapatkan tiket yang lebih murah. Seperti contoh, Penerbangan pergi KUL - LHR dan penerbangan pulang LGW - KUL. Untuk tujuan ini, anda perlu memilih tiket jenis ‘multicity’.

Untuk penerbangan kali ini, saya memilih tiket jenis ‘multicity’ kerana ketika tempahan dibuat harga yang dipaparkan di skrin adalah lebih murah. Cuma saya perlu naik di lapangan terbang yang berbeza daripada lapangan terbang yang saya lalui ketika mendarat. Anda perlu ambil kira juga kos, masa dan cara untuk ke lapangan terbang yang telah anda pilih.

Jadi saya klik pada tab ‘multicity’ dan lengkapkan maklumat perjalanan di bawahnya.

LANGKAH 3 : ISI MAKLUMAT PERJALANAN


Kenalpasti perjalanan anda. Untuk tujuan ini kita gunakan laluan penerbangan ini, KUL - LGW / STN - KUL. Tarikh penerbangan adalah pada 11hb hingga 23hb Februari 2019. Bilangan tiket adalah satu (1). Ok, masukkan maklumat ini pada tempat yang dipaparkan pada skrin.

First Leg (Penerbangan Pergi)
Flying From : KUL / Kuala Lumpur, Malaysia
Flying To : LGW / Gatwick, United Kingdom
Departing : 11/02/2019
Travellers : 1 adult

* Jika anda kembara bersama kanak-kanak atau bayi, masukkan bilangan kanak-kanak dan bayi. Jangan salah maklumat dan campur aduk.

Second Leg (Penerbangan Pulang)
Flying From : STN / Stansted, United Kingdom
Flying To : KUL / Kuala Lumpur, Malaysia
Departing : 23/02/2019
Travellers : 1 adult

Tambah bilangan destinasi atau bandar jika perjalanan anda lebih daripada satu destinasi.

Tandakan pada butang ‘direct flight’ jika anda mahukan penerbangan anda terus ke destinasi. Ini bermakna penerbangan anda tidak akan ada ‘stopover’. Tetapi perlu ingat tidak semua destinasi ada penerbangan terus.

Refundable flight adalah tiket yang boleh di pulangkan semula dengan wang ke dalam kad debit atau kad kredit anda atau mana-mana medium yang anda pilih ketika membuat tempahan. Sesetengah tiket boleh di pulang semula dengan wang secara total dan ada yang perlu membuat penambahan kos.

Jika anda telah mempunyai penerbangan spesifik, boleh pilih syarikat penerbangan pada pada ruangan ‘preferred airlines’. Jika tiada, jangan diisi. Ada yang memilih untuk terbang dengan spesifik atau penerbangan ‘favourite’ untuk mendapatkan mata dan ditebus untuk penerbangan pada masa hadapan.

‘Preferred class’ memberikan anda pilihan untuk terbang dengan pilihan tempat duduk samada ekonomi, bisnes, kelas pertama dan sebagainya. Harga tiket adalah berbeza mengikut kelas.

Maklumat yang telah saya masukkan adalah seperti berikut :


Tekan butang ‘search’ atau carian untuk memaparkan senarai pilihan penerbangan.

LANGKAH 4 : PILIH PENERBANGAN PERGI DAN PULANG


Tenung dan lihatlah penerbangan mana yang sesuai dengan pilihan, masa dan bajet anda. Lihat juga maklumat lanjut perjalanan dengan menekan pada ‘trip details’.


Paparan ini memberi maklumat kepada anda mengenai perjalanan anda nanti. Penerbangan anda akan berlepas pada jam 1910 / 7.10 malam (waktu Malaysia) pada 11hb Februari 2019 dan tiba di DXB / Dubai pada jam 2230 / 1030 malam (waktu Dubai). Penerbangan anda adalah daripada syarikat Emirates dengan nombor badan 347. Perjalanan akan mengambil masa selama 7 jam 20 minit. Begitulah seterusnya sehingga anda tiba di destinasi.

Berdasarkan laman www.airliners.net, tempoh perjalanan diklasifikasikan seperti berikut :

Short Haul - kurang dari 2 jam
Medium Haul - 2 hingga 5 jam
Long Haul - lebih daripada 5 jam
Ultra Long Haul - lebih daripada 12 jam
Penerbangan ‘ultra long haul’ selalunya akan diberikan makanan di dalam penerbangan. Anda perlu tahu syarikat penerbangan yang anda pilih dan Emirates merupakan salah satu syarikat yang menyediakan makanan halal kepada pelanggannya.

Anda boleh membuat pilihan makanan yang lain dengan menghubungi Expedia. Jika anda membuat tempahan terus di laman web rasmi Emirates, anda boleh membuat pilihan makanan secara terus.

Kemudian, pilih penerbangan pulang anda.


Setelah melihat dan memahami maklumat yang dipaparkan, tekan butang ‘select’ atau pilih.


LANGKAH 5 : SEMAK MAKLUMAT PENERBANGAN


Semak semua maklumat penerbangan dan jika anda berpuas hati dengan maklumat tersebut klik pada butang ‘continue booking’ di paparan skrin (di akhir paparan skrin sebelah kiri). Perkara yang perlu disemak :

(i) Tarikh penerbangan pergi dan pulang

(ii) Masa perjalanan
* (Perlu diingat bahawa tarikh ketibaan semasa penerbangan pergi adalah pada 12hb Februari 2019)

(iii) Harga
* Pastikan harga tiket adalah sama ketika anda membuat pilihan sebelum ini. Kadangkala harga yang dipaparkan tidak termasuk kos servis dan lain-lain.

LANGKAH 6 : MASUKKAN MAKLUMAT DIRI ANDA


Perkara paling mustahak adalah memasukkan maklumat diri yang betul di ruangan yang disediakan berdasarkan maklumat yang ada didalam pasport. Pastikan pasport anda sah tempoh laku.

(i) Title - Mr, Mrs, Madam, Miss etc
(ii) Surname - Nama Bapa

* Masukkan nama bapa seperti yang di tunjukkan di ruangan contoh. Contoh, Ali bin Amran. Surname beliau akan diisi ‘bin Amran’

(iii) First Name - Nama anda tidak termasuk nama bapa

First name - Ali

(iv) Country Code - Malaysia ialah +60
(v) Phone Number - Nombor telefon anda yang aktif
(vi) Passport - Kerakyatan anda. Sudah tentu Malaysia
(vii) No passport

* pastikan nombor passport adalah sama dengan yang tertera di passport anda. Kesalahan mengiisi nombor passport boleh menyebabkan anda dikenakan penalti atau tidak dibenarkan untuk terbang.



(viii) Masukkan detail pembayaran samada menggunakan kad kredit, kad debit etc
(ix) Masukkan alamat rumah



(x) Masukkan alamat emel untuk menerima pengesahan pembayaran dan e-tiket

Klik ‘complete booking’ dan tunggu sehingga paparan skrin menyatakan tempahan anda telah berjaya. Anda akan menerima emel pengesahan daripada expedia. Emel tersebut mengandungi e-tiket anda sebagai rujukan dan maklumat penerbangan anda nanti.


E-Adalah dimaklumkan bahawa e-tiket ini bukanlah tiket dan anda perlu ke kaunter untuk mendapatkan tiket sebenar.

Jika pembayaran tidak berjaya dapatkan maklumat tersebut di paparan skrin. Anda mungkin perlu menukar kad lain, atau kad kredit lain atau membuka untuk online transaksi bagi kad bank anda.

Masukkan semula maklumat pembayaran dan klik pada butang ‘complete booking’. Pastikan anda tidak melakukan proses ini melebihi tiga kali bagi mengelakkan ‘over charge’ atau kad anda di sekat.

TAMAT

* Entri ini adalah proses yang dilalui oleh penulis ketika membuat tempahan di laman web Expedia. Sebarang kesalahan adalah tanggungjawab pembaca!

* Entri ini adalah sebagai rujukan sahaja.

2 comments:

  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete
  2. Hi .. mcm mana kalau xde passport? Since sy cuma fly within Malaysia jaa . Do i need to fill my passport information?

    ReplyDelete