TEMPAT DUDUK TINGKAP ATAU BERDEKATAN LALUAN?

Seperti yang semua tahu bahawa tempat duduk ditepi tingkap adalah sangat popular jika menaiki kapal terbang. Tidak lupa juga kepada yang penumpang yang suka duduk di kerusi berdekatan laluan. 

Namun ada juga yang tidak kisah jika diberi duduk di mana-mana asalkan ada tempat duduk lebih-lebih lagi kalau penerbangan tersebut adalah penerbangan popular dan selalu penuh.

Semuanya bergantung kepada diri sendiri kerana pemilihan tempat duduk merupakan satu topik berkaitan pengembaraan yang boleh di bahaskan.

Masing-masing ada sebab dan musabab kenapa mereka suka duduk di tepi tingkap dan di tempat duduk laluan. Yang penting adalah penerbangan selamat tiba di destinasi.

Saya kongsikan sebab-sebabnya seperti berikut :-

PENGGEMAR TEMPAT DUDUK TINGKAP

1. Pemandangan semasa penerbangan dan pendaratan

Tak lengkap rasa kalau tak dapatkan gambar pemandangan di daratan ketika kapal terbang berada di awangan. Nak pula kalau pemandangan tersebut melalui gunung-gunung yang puncaknya ber ais atau pemandangan padang hijau yang berkotak-kotak dan tersusun atau pemandangan lautan biru.

Gambar pemandangan yang diambil daripada atas kapal terbang
Gambar daripada Google

Ada juga yang tak nak lepaskan peluang merakam 'time-lapse' ketika kapal terbang memulakan penerbangan. Ia merupakan momen penting dalam sebuah video pengembaraan.

Cuba bayangkan kalau duduk di tengah atau di laluan? Mesti nampak bahu penumpang sebelah je kalau memandang ke tepi tingkap. Sedihnya...

2. Pengembara santai

Ada pengembara yang nak cepat-cepat keluar. Belum lagi kapal terbang berhenti dia sibuk nak bangun ambil beg la, kemas-kemas barang la. Pengembara jenis ni tak sesuai kalau duduk di tepi tingkap. Mahu semua orang di langkau dan dilanggarnya.

Tapi kalau anda jenis yang santai dan menghayati keseluruhan perjalanan sudah pasti anda orang yang terbaik untuk duduk di kerusi tingkap. 

Seronok juga tengok gelagat penumpang lain semasa proses penumpang keluar daripada perut kapal terbang kan?

3. Bersandar

Macam kelakar je kan. Duduk tepi tingkap sebab nak bersandar. Ye lah cuba bayangkan kalau naik penerbangan jauh. Jenuh nak tegakkan leher dan badan.

Kalau dapat bersandar tu alhamdulillah syukur dapat gerak-gerak kan badan. Nak pula kalau ada bantal leher. Letak dekat leher dan sandar ke tepi. Aduh nikmatnya.

Tidur bersandarkan tingkap
Gambar daripada Google

Lagi satu tak adalah kepala kita lentok-lentok dekat orang sebelah. Dengan air liur meleleh. Jenuh tahan malu. Di buatnya orang tu rakam kita tengah tidur dan viralkan. Haruuu... 

Ceritanya kalau tidur dan terlentok di bahu orang sebelah
Gambar daripada Google

Tapi kan ada juga yang suka lentok-lentok nak pula kalau ada mamat mata biru atau mamat hensem duduk sebelah. Nak pula yang tengah solo dan mencari. Window seat is not a good choice for you!

4. Dunia sendiri

Ye lah kalau duduk di tepi tingkap ni kita boleh buat hal sendiri. Tak adalah kekok dan buat-buat peramah nak tegur orang kiri dan kanan. Nak pula kalau duduk di tengah.

Kalau duduk di tepi itngkap ni senang, buat-buat pandang ke tingkap dan tengah menghayati pemandangan di luar. Orang sebelah pun tak berani nak kacau. 

Buat-buatlah tengah rakam video atau tangkap gambar. Buat-buat sibuk sibuk dengan kata lain. 

Tapi tak semua. Bersosial lah dengan orang disebelah. Jangan berat mulut sangat. Kata mengembara...

5. Peminat sosial media

Bagi yang jenis suka update sosial media setiap saat amatlah sesuai untuk duduk di tepi tingkap. Setiap pemandangan perlu di update dalam sosial media. 

Contoh gambar instagramable
Gambar daripada Goodle


Lagi contoh gambar instagramable
Gambar daripada Goodle

Pengembara jenis macam ni selalunya akan berusaha untuk mendapatkan gambar-gambar pemandangan yang cun untuk dimuatnaik di laman sosial.

Pemandangan pula akan berubah-ubah ketika penerbangan. Rugi pula tak update fb oiii.

Gambar awan, gambar laut, gambar lembah dan macam-macam lagilah. Yang penting nampak kepak kapal terbang. Hehehe...

PENGGEMAR TEMPAT DUDUK LALUAN

1. Ruang kaki yang luas

Isu ni selalunya penting bagi orang yang berketinggian luar biasa. atau kaki panjang. 

Senang nak luruskan kaki dan taklah kaki cramp. Tambah lagi kalau naik penerbangan budget. Ruang kerusi yang sempit memang menjadi satu masalah kepada orang-orangjenis begini. 

Orang bersaiz besar juga sesuai duduk di tempat duduk ini sebab ada ruang untuk badan kita. Duduk di tengah-tengah mahu kurus 2 hingga 3 inchi menahan badan daripada berlaga dengan orang kiri kanan.

2. Masa untuk makan

Yang ni win bagi yang suka makan. Akulah tu. Pramugari yang tolak troli makanan ni memang menarik perhatian orang-orang macam aku.

Pramugari dan troli makanannya
Gambar daripada Google

Sebab atas troli tu ada makanan dan minuman. hehehe. Mana taknya perkara pertama yang akan aku buat kalau naik kapal terbang adalah membelek buku makanan yang diletakkan di poket kerusi di depan kita. 

Nak pesan makanan pun senang dan tak adalah orang sebelah dengar kita order apa. Cuba bayangkan kalau kita duduk di tingkap? Nak pesan makanan pun kena cakap kuat sikit. 

3. Senang nak keluar

Aku perasan orang yang duduk di kerusi laluan ni senang nak keluar. Bila mendarat tu senang je. Ambil beg dan beratur. Lepas tu gerak terus.

Duduk pula dekat dengan pintu keluar. Lagi syok. Bestnya sebab dapat lepas daripada kesesakan.

4. Tandas!

Walaupun dah pergi tandas sebelum naik kapal terbang tadi, rasa nak membuang tu pasti datang bila dah ada dalam perut kapal terbang. Dah jadi kewajipan dah.

Bila rasa nak terkucir tu boleh terus bangun dan ke tandas. Tak adalah perlu tahan dan minta laluan daripada orang disebelah. Nak pula kalau orang tu tidur, mahu terkucil dulu. Huhuhu

5. Tidur dengan selesa

Tempat duduk di laluan ni macam duduk di tepi tingkap juga cumanya tidak ada dinding nak sandar. Cuma bagi kita keselesaan untuk tidur.

Kalau duduk tengah nak tidur menghadap ke kiri atau ke kanan pun serba salah. 

Tapi boleh jadi kacau kalau orang tengah atau hujung nak keluar pergi tandas. 

Tempat duduk tingkap atau tempat duduk laluan kedua-duanya mempunyai penggemarnya masing-masing. Yang paling penting adalah beli siap-siap kerusi anda ketika membuat tempahan penerbangan (jika berkaitan). 


1 comment:

  1. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete