Cara simpan gambar dan video kembara dalam Google Drive

Logo Google Drive

Cuba bayangkan anda di Cameron Highlands. Lebih spesifik di celah-celah pokok teh dan masa itu anda sudah bersedia posing untuk ditangkap gambar dan tiba-tiba rakan anda beritahu kamera telefon penuh.
Terpaksalah menunggu sehingga habis menelaah gambar-gambar lama yang bakal di buang daripada telefon tersebut. Sudahlah kena 'scroll down' dalam galeri gambar lepas tu nak kena buang pula. Banyak kerja.
Lagi sedih kalau tiada gambar yang boleh dibuang dan membuatkan anda serba salah. Mula lah 'spoil' mood anda ketika itu. Sudahlah penat berjalan mencari 'spot' baik untuk bergambar sekali macam-macam hal pula berlaku.
Gambar dan video yang dirakam oleh si pengembara amat bernilai nak pula kalau pergi kembara ke tempat 'once in a lifetime' gitu. Mau muncung bibir sampai ke hari terakhir kembara.
Tapi jangan risau atau sedih. Dalam entri kali ini saya ingin memudahkan anda kerana saya akan kongsikan cara-cara untuk menyimpan gambar dan video jika kita pergi kembara. 
Pernah dengar aplikasi Google Drive???

Moh nak cerita sedikit berkenaan aplikasi ni. Goole Drive berfungsi untuk menyimpan fail samada dalam bentuk gambar, video atau dokumen. 
Aplikasi ini boleh digunakan di platform Windows, iOS, macOS dan Android yang turut membenarkan anda kongsi fail yang telah dimuatnaik kepada pihak ketiga yang anda inginkan.
Senang cerita, bila anda dah muatnaik, anda boleh kongsi fail tersebut dengan sesiapa sahaja dengan menghantar pautan kepada individu tersebut dan anda juga boleh muat turun semula fail tersebut.
Walaubagaimanapun, untuk plan percuma kita dibenarkan untuk menyimban fail tidak melebihi 15GB yang dikongsi bersama dengan Gmail dan Google Photos.
Untuk ruangan yang lebih besar, Google Drive menawarkan plan berbayar bergantung kepada pilihan anda. 

Masih bersama saya???

Cukuplah berkaitan Google Drive dan yang paling penting anda tahu apa fungsi utama aplikasi ini. 

Terus kepada poin saya iaitu cara-cara menggunakannya. Saya ulas cara-cara untuk menggunakan aplikasi ini menerusi platform telefon bimbit (Android). Secara asasnya, cara dan penggunaannya adalah sama dimana-mana platform pun.

Langkah 1 : Muat turun aplikasi Google Drive di Play Store

Begitulah logo Google Drive. Pastikan anda muat turun aplikasi yang betul

Langkah 2 : Log masuk akaun Google

Ini adalah halaman utama selepas anda log masuk

Langkah 3 : Cipta fail

Cipta fail dengan klik pada butang + pada sebelah kanan bawah skrin. Klik pada ikon 'Folder'.  
Namakan fail anda tersebut mengikut tajuk supaya senang untuk dicari kemudian hari
 

Langkah 4 : Muat naik gambar ke dalam fail

Klik pada fail yang anda pilih. Klik pada 'upload' untuk memuatnaik gambar ke dalam fail. Anda boleh pilih untuk memuatnaik gambar daripada storan telefon atau storan tambahan. Tunggu sehingga gambar habis di muar naik. Selesai
Cubalah amalkan proses ini bagi memudahkan urusan pencarian gambar kembara anda. Tidaklah anda perlu cari satu persatu. Kalau anda rajin untuk susun kembara mengikut hari atau lebih mendalam, lagi bagus. 

Peace of mind!

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete