Tips Membeli Belah di Langkawi 2019

Replika Helang di Dataran Lang, Langkawi

Clichenya tajuk entri kali ni. Tapi memang ada cara untuk membeli belah di Langkawi lebih-lebih lagi ia merupakan pulau bebas cukai.

Mungkin ramai yang dah tahu bahawa Langkawi adalah salah satu pulau bebas cukai. Dalam entri sebelum ni pun saya ada beritahu apa yang dimaksudkan dengan pulau bebas cukai.

Namanya pun dah pulau bebas cukai tapi anda tidak sewenang-wenangnya membawa barang pulang ke tempat anda sesuka hati. Setiap barangan yang dijual tertakluk kepada syarat tertentu oleh pihak kastam. 

Tapi ada juga yang terlepas daripada pihak kastam ni mungkin ketika tu pihak kastam pilih secara rawak. Jadi, bayarlah lebihan barangan yang anda bawa masuk itu. Ikut nasib lah.

Terus kepada poin saya, tipsnya adalah seperti berikut :

1. Anda perlu berada di Langkawi melebihi daripada 48 jam atau menginap di Langkawi selama 2 malam dan ke atas. Jadi, simpanlah segala jenis resit penginapan, pengangkutan atau apa-apa bil berkaitan untuk tujuan bukti.

2. Jumlah barangan yang anda beli mestilah tidak melebihi RM500 seorang. Boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut daripada pihak kastam. Tapi ada terbaca berita yang mengatakan cukai pelepasan belian dah dinaikkan kepada RM1000. Cuba baca disini. Tak tahulah mana satu yang digunapakai.

Boleh juga lihat barangan yang dikenakan cukai. Tak pandai saya nak letak satu-satu disini. Antaranya rokok, tembakau, arak dan ikan bilis. Ke ada yang nak bawa balik kereta daripada Langkawi? Jenuhhh...

3. Belian atas talian juga dikenakan cukai dan tak semua barangan yang dijual dikedai ada dijual di atas talian. Mula-mula macam seronok bila dengar ada belian atas talian boleh pulun beli kaw-kaw. Malangnya barangan yang anda beli ini juga akan dikenakan cukai sebab anda perlu buat deklarasi kastam dan cukai akan dikenakan kepada belian anda. Pandaiiinya...

4. Kalau pergi dalam satu kumpulan tu, pecah-pecahkan lah barangan sesama ahli kumpulan. Yang tidak membeli tu apa salahnya bantu kawan-kawan yang nak bawa balik untuk keluarga dan orang tersayang. Kan dapat pahala percuma tu. Tapi pastikan tengok dulu barang apa yang diminta untuk dibawa tu. No to restricted items!

5. Kalau shopping di Haji Ismail Group pula selalunya barangan akan dijual dalam gandaan untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Senang kata beli banyak dapat harga berbaloi. Jadi, pakat-pakat lah membeli. Sepakat membawa berkat. Begitulah kehidupan.

Wallahualam.

1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete