Moh Shopping ke Langkawi 2019

Saya nak kongsikan selain daripada sejarah  atau menikmati keindahan pulau di sini, Langkawi juga terkenal dengan tempat membeli belahnya. 
 
Untuk pengetahuan semua, Langkawi merupakan pulau bebas cukai di mana barangan tertentu yang di beli daripada pulau ini dikecualikan daripada sesetengah cukai tempatan atau kebangsaan.
Walaubagaimanapun, barangan tertentu yang dibeli mestilah menepati syarat yang ditetapkan dan tidak melebihi had yang telah ditentukan oleh pihak kastam.
 
Saya ceritakan barangan yang tertakluk dengan ketetapan kastam dan tips membeli belah di Langkawi pada entri yang lain.
 
Saya berpeluang untuk ke tempat-tempat berikut sepanjang saya berada di sini. Antaranya :
 
1. Haji Ismail Group (HIG)
 
Kalau ke Langkawi wajiblah berkunjung ke HIG dan paling tidak pulang ke rumah dengan sebungkus coklat. HIG adalah syurga kepada penggemar coklat. Coklat yang dijual adalah daripada jenama kegemaran ramai seperti Cadbury, Peppero, Toblerone, M&M, Hershey dan banyak lagi.
 
Pintu masuk ke kedai menjual coklat

Coklat daim kesukaan ramai

M&M kegemaran Raqib (anak sedara)

Kegemaran saya. Dulu masa di UK selalu beli jeli ni buat kudap-kudap

Peppero
 
Hasil coklat yang sempat di borong. Jangan di tanya kenapa banyak. Anak sedara saja dah ramai dan penggemar coklat pula tu

Saya tidak bercadang untuk ulas mengenai harga tetapi pada saya harganya tiada tandingan dibandingkan dengan kedai-kedai lain yang menjual produk yang sama. 

Jangan runsing kalau belian anda tidak muat beg kerana HIG juga ada menjual sekecil-kecil beg hinggalah sebesar bagasi. Semuanya bergantung kepada keupayaan anda.

Selain itu, ada juga dijual peralatan dapur, hiasan rumah dan perabot. 

HIG juga menyediakan laman web kepada pelanggan yang ingin membuat tempahan secara khas. Laman web HIG boleh di lihat di sini. Shopping sampai lebam.
 
Nak cari tempat ni senang sahaja. Bangunannya terletak di Bandar Kuah bersebelahan dengan Hotel HIG. Oh ye selain daripada perniagaan coklat, HIG juga ada hotel, agensi pelancongan dan perniagaan hartanah. 

Alamat : Lot 1852, Kompleks HIG, Jalan Penarak, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman

Waktu Operasi : Buka setiap hari (9.00 pagi hingga 9.30 malam)

2. Idaman Suri
 
Bangunan Idaman Suri berwarna kuning. Sudut fotografi tidak cantik sebab ketika ni ada bas parkir betul-berul di hadapan bangunan.

Idaman Suri pula adalah syurga kepada penggemar pinggan mangkuk. 
 
Ada periuk, peralatan dapurm dulang, pisau, alas periuk, pinggan & mangkuk, bekas minuman, balang & bekas makanan. Sebut sahaja.
 
Antara barangan dapur yang di jual di Idaman Suri. Leka makcik-mak cik membeli periuk ye 

Bekas makanan yang dijual di sini. Menggoda sungguhlah.

Ada juga barangan lain yang dijual seperti beg, alas kaki, tuala, cadar, selimut dan barangan cenderahati.

Rambang mata di buatnya. Bagi yang ada kekangan had muatan boleh lah membeli belah di atas talian. Barangan dihantar teus ke rumah anda. Boleh ke sini. Tapi tidak semua barangan ada dijual atas talian.

Saya juga tak lepaskan peluang membawa pulang sedikit ingatan daripada Idaman Suri. 2 alas periuk daripad seramik dan satu set cocktail. 
 
Ini lah set cocktail yang saya beli. Ketika ini harganya hanya RM30 (harga tertakluk kepada pindaan)

Nak bawa banyak-banyak risau terlebih muatan bagasi yang dibenarkan. Jadi, beringatlah sebelum beli. 
 
Tempat beli belah ni dekat sahaja dengan HIG. Boleh pergi sekali lalu. 

Alamat : Idaman Suri, No 1, Taman Seri Berlian, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman
 
Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Jumaat (Cuti). Bermula 10.00 pagi hingga 8.00 malam)

3. Rams Home Decor

Selfie dulu dihadapan Rams. Abaikan muka seketul tu.

Rams ni juga sesuai dikunjungi oleh penggemar pinggan mangkuk dan peralatan rumah. Lebih kurang sama seperti di Idaman Suri.
 
Dekat sinilah saya jumpa pinggan mangkuk corelle, luminarc, porcelain, Pyrax, Corningware dan banyak lagi yang membuatkan rasa macam nak menangis.
 
Set pinggan mangkuk inilah saya nak borong bawa pulang malangnya keseluruhan berat adalah 11kg. Jadi saya lupakan. Set ini sama dengan pinggan mangkuk saya di rumah, hasil turun temurun daripada arwah opah kepada ibu kemudiannya diturunkan kepad saya. Legend sungguh la.
 
Bekas kuih. Tahun depan kita raya letak kuih dalam bekas baru ni
 
Cantik dan harganya lebih murah daripada pasaran. Design pinggan mangkuk juga cantik-cantik dan manis-manis.

Sempat juga saya bertanyakan mengenai satu set pinggan corelle malangnya beratnya setelah di balut adalah 11kg. Memandangkan saya risau dengan muatan bagasi saya, maka saya lupakan hasrat untuk membelinya.

Harganya sangat berbaloi kebetulan ada jualan murah ketika itu.

Sebelum terlupa, dekat sini juga saya jumpa periuk Tefal  dan Dessini yang popular tu. Ya ampun. Semenjak jadi isteri orang ni rasanya minat dah berubah kepada keperluan rumah. Sudu pun nampak cantik. 
 
Nampak di mak mertua saya, masakkk. Mak mertua saya panggil Magic Pan sebab boleh masak apa sahaja dalam ni.
Kalau dah beli tu jangan risau abang dan kakak dekat sana akan bungkus barangan kita sebaik-baiknya.  

Barangan saya di balut cantik dan kemas

Rams ni berdekatan dengan Hotel De Baron Waterfront Langkawi.

Alamat : No 43, Persiaran Dayang 2, Dayang Business Centre, 07000 Pekan Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman

Waktu Operasi : Isnin - Khamis (9.30 pagi - 9.30 malam) & Jumaat - Ahad (9.30 pagi - 10.00 malam)
 
4.  Shopping ubat Gamat di Nusantara Maju

Kalau ke Langkawi dan tak bawa balik Gamat memang tak lengkap lah kembara anda. Langkawi dah sebati dengan gamat, ala ubat gamat. Ubat popular dalam kalangan mak pak kita. Satu rumah wajib ada satu botol gamat. Begitulah lebih kurang.

Banyak tempat ada jual ubat gamat ni bukan di sini sahaja ada. Lagi pun mungkin boleh dapat harga yang berbeza-beza.

Nusantara Gamat ni dikatakan kilang terbesar di Langkawi yang menghasilkan produk berasaskan gamat dan herba. Bukan ubat gamat sahaja.
 
Bergambar di hadapan kedai Nusantara Maju Gamat
 

 Ni lah tugu gamat tu


Antara ubat berasaskan gamat dan herba yang dijual
 

Antara ubat gamat yang dijual 


Ubat gamat yang sedang dimasak
 
Dengar cerita ubat kuat pun ada dijual disini (18 tahun ke atas).
 
Nak tahu kedai Nusantara Gamat ni perhatikan tugu gamat di hadapan kedainya. Itulah Nusantara Gamat.
 
Dah beli jangan lupa bergambar satu kali di tugu gamat tu. Baru Bukan Beshe Beshe (BBB).

Boronglah banyak sikit ubat gamat sebab harganya mur mur. Beli secara pukal dan jual pada keluarga dan rakan-rakan di tempat masing-masing. Begitulah. Lagi pun ubat gamat ini tahan lama.

Alamat : Kedai ni betul-betul terletak di tepi jalan utama (highway) Pekan Kuah - Lapangan Terbang.

Waktu Operasi : 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Hujung minggu di tutup 7.00 malam

5. Batik Jawa - Gedung Bayu Enterprise

Gambar ihsan Gudang Bayu. Maaflah tak sempat turun ambil gambar. Lain kali saya datang lagi siap buat live nanti. 
 
Gudang Batik Jawa Asli ni terletak berhadapan dengan Nusantara Maju Gamat. Tapi janganlah lintas jalan besar tu dengan berjalan kaki. Sebaiknya buatlah pusingan U. Bahaya.
 
Kain pelikat, kain batik dan batik songket semua ada jual di sini. Saya tak turun singgah disini hanya yang lain sahaja turun.

Bukan tidak minat kepada batik cuma takut terbeli. Hehehe. Lagi pun ada had yang ditentukan untuk batik ini. 

Kata mereka harganya murah dan masing-masing memborong paling kurang sehelai seorang. 
 

6. Bahulu Panas

Ni pun ihsan FB Bahulu Panas Langkawi. Sedap sangat dapat bahulu panas. Terus lupa tugasan utama.

Di sebelah kedai menjual Batik Jawa ini ada kedai yang menjual Bahulu Panas. Memang betul-betul panas. Bahulu panas selalu di angkat segar daripada oven dalam sekitar jam 2.00 petang. Wallahualam.

Dah penat-penat shopping mesti lapar. Apa salahnya alas perut dengan bahulu dahulu sebelum pergi makan berat. 

Setakat itu sahaja perkongsian saya. Kalau ada penambahan yang lain saya akan kongsikan dengan anda lagi. Selamat kembara ke Langkawi.

Jangan lupa ubat gamat. Ingat Langkawi ingat Gamat! hehehe



 

2 comments:

  1. FANSBETTING – MASTER AGENT JUDI TARUHAN BOLA ONLINE, CASINO, TOGEL, POKER TERBAIK DI INDONESIA

    FANSBETTING - Selamat datang bettors online Indonesia di website Agen Judi Online terpercaya Fansbetting. Bersama kami anda bisa bergabung dan mulai bermain di berbagai game seperti judi bola online,Poker Online,Casino Online,Togel online dan bolatangkas online.

    Fansbetting, Master Agent yang melayani pembuatan account untuk taruhan bola online seperti sbobet, ibcbet, cmdbet. Ada juga permainan Casino Online, Tangkas, Togel, dan Poker. Banyak yang sudah menjadi member setia FANSBETTING, dikarenakan sangat terjamin keamanan nya, dan sudah sangat Terpercaya. Selain Proses Deposit-Withdraw yang super cepat, FANSBETTING juga melayani tuntas setiap transaksi member setia nya.

    Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam mengelola judi online di internet di indonesia, kami telah paham betul kebutuhan para bettors yakni kenyamanan, keamanan dan proses yang cepat dari deposit dan withdraw.

    Silahkan daftar dan menjadi member kami dengan mengisi form pendaftaran atau juga dengan menghubungi CS kami yang selalu online 24 jam di live chat. Dapatkan pelayanan yang cepat dan ramah dari kami agen judi online www.fansbetting.com.

    Game yang disediakan yaitu :
    * SPORTSBOOK:SBOBET,IBCBET,368BET.
    * LIVECASINO:338A-SBOBET CASINO,ION CASINO,CBO855.
    * BOLATANGKAS:TANGKAS777,88TANGKAS,BOLATANGKAS2,KLUB TANGKAS.
    * TOGEL:KLIK4D,ISIN4D.
    * POKER:SAHABATPOKER,ASIAPOKER77,POKERKING88,SENANGPOKER
    * NEW GAME : SABUNG AYAM

    Minimal Deposit 50.000,-
    Minimal Withdraw 50.000,-

    JOIN US : WWW.FANSBETTING.COM
    WHATSAPP: +855963156245
    WECHAT : fansbetting3
    line : fansbetting

    ReplyDelete
  2. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete