GUILIN - PART VI : INTERNET DAN BUKAN IKLAN BERBAYAR


Media Sosial - Gambar dari Google

Pernah tak pergi kembara dan tiba-tiba nak ‘upload’gambar dalam Facebook tak lepas. Data dah on. Masak, boleh ‘spoil’ mood kembara.

Di China kita tiada akses kepada Facebook, Instagram, Google Maps, Google etc kerana kerajaan China memberi sekatan terhadap perkara ini.

Samada anda ‘roaming’ atau menyewa poket wifi dari Malaysia barulah anda dapat mengakses perkara-perkara di atas. Bukan senang ye.

Untuk pengaktifan ‘roaming’ Digi (Saya pengguna DIGI) adalah seperti berikut :

* Pastikan di Malaysia anda menutup ‘Data Roaming’ atau ‘Mobile Data’ pada telefon bimbit anda.

Seusai tiba di luar negara, aktfikan butang di atas dan mulakan langkah dibawah :
Langkah 1 : Dail *800#
Langkah 2 : Tekan 3 untuk Pembelian Pas ‘Roaming’dan pilih pakej yang anda inginkan
Langkah 3 : Anda akan menerima SMS mengenai pas anda yang beli. Jika berjaya,
Langkah 4 : Secara manual, pilih operator yang betul. Jika di China, pilih China Mobile (CMCC)
Untuk negara lain, boleh semak di https://new.digi.com.my/roaming/roaming-pass
Langkah 5 : Aktifkan semula ‘Data Roaming’ atau ‘Mobile Data’ pada telefon bimbit anda. Enjoy!!!

Cara-cara untuk aktifkan 'roaming' - Gambar dari laman web DIGI

Tetapi harus ingat pas yang anda langgan, pastikan penggunaan internet anda tidak melebihi kapasiti yang dibenarkan atau takut nanti anda menanggung jumlah bil yang banyak.

Untuk semak baki pas yang tinggal boleh ikut langkah ini :
Langkah 1 : Dail *800#
Langkah 2 : Tekan butang 1 untuk semak kouta internet dan tekan butang 2 untuk semak minit panggilan.

Maklumat lanjut boleh ke laman https://new.digi.com.my/roaming/roaming-pass

Selalu-selalu lah semak baki anda ye!!!

Saya lebih gemar menyewa poket wifi kerana pakej yang ditawarkan lebih menepati citarasa saya. Ada pakej premium yang membolehkan saya melayari internet tanpa had. Kali ini saya guna #roamingman.

Pocket Wifi - Gambar dari laman rasmi RoamingMan


Pertama kali guna servis sewa poket wifi dari #roamingman ni. Caranya pun cukup senang.
Tetapi anda diminta untuk menyediakan kad kredit atau kad debit untuk tujuan pembayaran.
Langkah 1 : Buka laman web https://www.roamingman.my/

Langkah 2 : Masukkan maklumat destinasi anda, tempoh perjalanan anda dan bilangan poket wifi yang ingin disewa (1 poket wifi boleh menampung lebih kurang 6 sambungan telefon bimbit)

Pastikan anda setuju dengan harga yang tertera di skrin anda sebelum ke langkah seterusnya.

Langkah 3 : Masukkan maklumat ‘Pick Up’ dan ‘Drop Off’ untuk alat tersebut.
Lokasi hanya di KLIA dan KLIA2

Langkah 4 : Pembayaran. Masukkan maklumat kad anda.

Pastikan anda menerima emel pengesahan pembayaran dan tunjukkan emel tersebut semasa di kaunter nanti.

Emel pengesahan pembayaran pocket wifi

Lokasi kaunter #roamingman di KLIA adalah di berdekatan dengan Mc Donald, Tingkat 5. Di KLIA 2 adalah di belakang kaunter ‘check in’ jalur Y (row Y).

Jangan risau pukul berapa pun penerbangan anda kerana kaunter dibuka 24 jam. Yahoo.

Jadi pertama sekali apabila sampai di lapangan terbang adalah ke kaunter mengambil poket wifi dan barulah memulakan urusan ‘check in’ dan sebagainya. Takut terlupa. Hehehe


0 Comments:

Post a Comment