GUILIN - PART VII : TEH

Bergambar di ladang teh 

Teh sememangnya menjadi minuman kegemaran rata-rata manusia di muka bumi ini. Dahulu kala, teh diminum begitu sahaja iaitu tidak dicampur gula atau susu. Ia direbus dan dituang ke dalam cawan dan diminum.

Hari ini, pelbagai jenis teh terjual di pasaran, daripada teh rasa asli sehinggalah kepada teh yang telah diubahsuai rasanya. Teh perasa strawberi, teh perasa teh hijau, teh perasa pic dan sebagainya.

Saya berpeluang melawat ke tempat perladangan teh di kaki bukit Yangshuo dan mendengar taklimat mengenai pemprosesan teh. Dari teh putih sehinggalah kepada teh hitam. Dari fine grade sehinggalah teh biasa. Setiap penghasilan teh ini adalah berbeza.

Topi yang dipakai oleh pengutip daun teh

Ladang Teh di Guilin. Kertas kuning yang di lekatkan di kayu dan dipacak diantara pokok teh adalah kertas yang bergam untuk merangkap serangga yang terbang berdekatan pokok teh

Papan informasi

Teh juga boleh dikelaskan kepada bebarapa kategori. Menurut apa yang saya sempat tangkap :
1 tea needle - White tea for Emperor
1 tea needle + 1 leave - High Grade Tea. First class
1 tea needle + 2 leaves - Second class tea

(Mungkin ada tertinggal info tapi kita boleh lihat cara mereka klasifikasikan teh)

Begitulah pengkelasan teh dibuat.

Penerangan mengenai kategori teh oleh pekerja ladang

Tahukah anda bahawa teh telah diminum sejak beribu-ribu tahun dulu di negara China. Menurut pekerja di ladang teh di Guilin tempoh hari, cara penggunaan dan meminum teh telah melalui beberapa revolusi mengikut perubahan pemerintah dinasti.

Contohnya pada zaman sebelumnya, daun teh dimakan dan dijadikan ubat. Pada zaman Dinasti Tang, minum teh merupakan suatu seni. Teh dihidang dan diminum dengan menggunakan cara yang tertentu.

Saya sempat di ajar cara-cara untuk menghidang dan minum teh. Air rendaman teh yang pertama tidak diminum malah dibuang. Hasil rebusan air teh kali kedua barulah dihidang dan diminum.

Rendaman teh tersebut boleh digunakan sehingga 4 hingga 5 kali rendaman. Jadi lepas rendam pertama kali, simpan dan gunakan lagi (teh sekarang tak pasti pula).

Untuk memastikan kesegaran teh, daunnya disimpan didalam bekas yang kedap udara dan pastikan tiada serangga yang dapat memasuki bekas tersebut.

Ini seni minum teh yang sebenar. Apabila air teh dihidang dihadapan kita, gunakan knuckles untuk mengetuk permukaan meja sebanyak 3 kali. Bagi menandakan ucapan terima kasih kepada si penuang air.

Seterusnya, cawan kecil (selalunya dari seramik) digunakan untuk menghidang teh. Cawan kecil itu diletakkan di atas dulang. Teh hanya boleh diminum apabila kesemua teh telah dihidangkan kepada semua yang ada bersama kita.

Kalau kita datang 4 orang, maka tunggulah sehingga habis keempat-empat airnya dituang dan seterusnya. Ia merupakan tanda penghormatan.

Ketiga, cawan dipegang dan dirapatkan pada hidung dan cawan digerakkan dalam keadaan membulat sambil hidung menghirup udara/asap yang dikeluarkan oleh air teh tersebut. Aroma rebusan teh!

Keempat, pastikan ibu jari dan jari telunjuk memegang bibir cawan dengan jari tengah dan jari manis menyokong bawah cawan. Jari kelingking pula diangkat ke atas menandakan cara bagaimana wanita sepatutnya meminum teh.

Cara minum teh yang diajar di ladang ini. Jari keras sangat. Hehehe

Jika jari kelingking dirapatkan pada permukaan bawah cawan, ia merupakan cara orang lelaki. Lebih macho.

Begitulah bagaimana orang-orang cina menghargai teh sehingga cara minumnya juga sangat tertib dan teliti.

Kalau anda semua nak tahu, ada juga teh diberi gelaran teh wanita. Di Guilin ia dipanggil Osmanthus Tea. Teh daripada pokok Osmanthus ini adalah campuran 5% bunga iaitu bunga daripada pokok tersebut. Bau teh akan lebih harum. Bunga tersebut berwarna kuning.

Osmanthus Tea. Bunga bewarna kuning adalah bunga dari pokok Osmanthus. Dilapik oleh alas diperbuat daripada buluh

Aroma dan rasa teh sebenar lagi sedap walaupun tiada gula. Manis dan lemak dari daunnya sudah cukup untuk membuatkan kita tambah kepada gelas yang kedua.

Peminat teh,
Bella Bear

1 comment:

  1. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete