GUILIN - PART IV : KENYANG PERUT SENANG HATI

Kalau pergi #kembara perihal makanan adalah antara yang menjadi topik hangat perbalahan. Tapi bukan disini. Hehe

Kembara ke negara yang majoritinya bukan beragama Islam akan menimbulkan kerisauan kepada si kembara.

'Aduh, mana aku nak makan ni nanti bila dah dekat sana?' Atau

'Wei, ada ke makanan halal dekat sana?'

'Aku tak lalu lah makanan dia org'

Begitulah drama yang akan kita lalui. Mungkin sesetengah daripada kita akan membuat persiapan awal dengan menyediakan makanan dari tanah air. Namun harus ingat tidak semua dibenarkan untuk dibawa masuk ke negara tersebut.

Ada juga si kembara yang boleh 'adapt' dengan jenis makanan baru. Dulu saya pernah katakan bahawa, cara paling mudah untuk memahami budaya orang luar adalah melalui makanan.

Bukan sahaja rasa makanan, tetapi cara makanan dimasak, barangan yang digunakan dalam masakan, cara makanan dihidang dan sebagainya.

Alhamdulillah di Guilin telah ada kedai-kedai restoren kepunyaan orang Muslim walaupun jumlahnya tidak banyak.

Petua untuk si kembara adalah, di mana ada masjid, disitu pasti ada kedai halal. Nanti kalau kembara, cuba guna teknik ini. Kalau betul, jangan lupa ole-ole untuk saya 🐻

Makanan di sini bagi saya sangat enak. Kalau lama disini pasti berkilo-kilo naik beratnya. Setiap hidangan akan ada pilihan ikan, ayam, daging dan sayur. Sayur pula pasti akan lebih dari 2 jenis.

Sajian untuk sarapan, jagung dan keledek rebus. Makan ketika panas dan suam. Manis!


Keledek dibalut tepung

Rata-rata penduduk disini saya kira semuanya cantik dan berbentuk badan kurus. Faktor pemakanan gamaknya.

Setiap hidangan makanan pasti ada sup. Makanan disini juga enak kalau di makan ketika masih panas atau suam.

Sup rumpai laut sedap dihirup semasa masih panas dan suam 

Kadang-kadang boleh lihat penduduknya masak ditepi kedai. Mereneh sup di dalam periuk nasi. Sempat saya menjenguk didalamnya ada sayur, ayam, cendawan dan tauhu lembik. Di makan bersama nasi.

Patutlah saiz baju XXXL nya pun serupa saiz XL di Malaysia.

Air teh o suam sahaja dihidang bersama makanan. Kadang ada juga air kopi. Bergantung kepada restoren.

Jika kita bersarapan di hotel, pastikan makanan yang diambil adalah dari telur, roti, bijirin dan makanan yang anda rasa boleh dan tidak syubhah.

Elakkanlah makan ayam, sosej, daging...

Ikan yang digoreng

Makanan yang baru saya jumpa ialah jagung goreng. Sedap juga. Biji jagung yang digaul dengan campuran tepung gandum dan beras. Kemudiannya di goreng menjadi garing. 😋

Restoren halal di Guilin ada di :
1. Lorong berdekatan dengan Masjid Chongsan
2. Ada 1 restoren halal juga dekat Xicheng Road
3. Berdekatan dengan Universal Hotel, atau spesifiknya dekat tempat beli belah popular Guilin di Zhengyang Pedestrian Street

Jangan tanya saya makanan mana yang sedap. Saya belasah semua. Nak-nak pula ada cili kering penambah perasa.

Tak lupa juga sambal, hitam, serunding daging etc yang dibawa oleh peserta lain dari Malaysia.

Jadilah buat pembuka selera.

Wallahualam... (gambar makanan jarang-jarang sempat rakam. Sedar-sedar dah habis 😂)

Sambungan... Solat & kematian di Guilin

0 Comments:

Post a Comment