GUILIN - PART III : MEMBELI BELAH & WINDOW SHOPPING

Bergambar di 'shopping street' di Yangshuo. Udara sangat sejuk

Kadar tukaran wang MYR ke Yuan pada ketika saya disana adalah MYR1 = RMB1.60. Kalau kita tukar MYR100 adalah bersamaan dengan RMB160.

Yuan atau Reinmenbi adalah matawang yang sama. Pertama kali agak keliru juga.

Perlu diingat bahawa Guilin bukanlah tempat untuk 'shopping' secara borong atau tempat barangan murah kerana ia lebih kepada tempat tarikan pelancongan disebabkan oleh alam semulajadinya.

Bagi saya, harga disesetengah tempat disini adalah sedikit mahal berbanding harga di Guangzhou berdasarkan pengalaman saya di kedua-dua tempat ini. Manakan tidak Guangzhou di label syurga memborong.

Walaubagaimanapun, Guilin ada menawarkan tempat-tempat untuk membeli belah popular kepada pelancong seperti West Street (Yangshuo), Zheng Yang Pedestrian Street, Xicheng Road Night Market, Hong Kong Market dan banyak lagi.

Disebabkan saya datang pada waktu sejuk, barangan pakaiannya adalah lebih kepada pakaian termal atau baju sejuk. Pilihan pakaian ini akam berubah mengikut musim.

Selain itu, terdapat juga kedai menjual barangan souvenir, makanan, barangan seni dan sebagainya. Rambang juga mata dibuatnya.

Yang paling saya gemar adalah Hong Kong Market. Pasar malam ini terdapat beberapa pintu masuk dan pintu masuk yang paling dekat dengan hotel saya ialah berdepan dengan Holiday Inn. Ambil elevator turun ke bawah dan pasar beli belah ini terletak di subway atau lalun bawah tanah. Harganya lebih murah berbanding yang lainnya.

Berjalan disini memerlukan kekuatan fizikal kerana memerlukan kita untuk berjalan. Penting untuk memakai kasut yang sesuai, tidak terlalu ketat atau longgar.

Berjalan pada waktu sejuk dan kadang-kadang gerimis and hujan, permukaan jalan atau lantai akan berair dan licin. Perhatikan tapak kasut kita adalah sesuai bagi mengelakkan tergelincir.

Pakai pakaian yang sesuai terutamanya dalam musim sejuk seperti, penutup kepala, sarung tangan, stoking tebal, baju dan seluar termal serta penutup muka/mulut.

Suhu ketika saya disana adalah 6 hingga 7 darjah selsius. Sangat sejuk dan menganggu sesiapa sahaja yang tidak tahan sejuk. Tangan cepat terasa kebas jika dibiarkan lama terdedah. Sarung tangan kulit dan tidak serap air adalah yang terbaik untuk elak lembap. Begitu juga dengan stoking.

Mencabar juga berjalan dalam waktu sejuk dan hal ini perlu diambil kira oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk kembara ke sini.

Pelembab adalah kawan baik kita sekiranya kita kembara ke tempat yang sejuk bagi mengelakkan kulit kering dan akhirnya akan merekah dan pedih.

Saya kongsikan keadaan tempat membeli belah di Yangshuo dan Guilin bagi tatapan anda. Saya juga sempat ke 'Shopping Mall' namun suasana membeli belah ala-ala 'street' lebih menarik perhatian.

Bersambung bab makan ...

Kedai menjual baju yang boleh 'self printed' pilihan gambar yang anda inginkan


'Shopping Street' di Yangshuo

'Shopping Street' di Yangshuo

'Shopping Street' di Yangshuo

'Shopping Street' di Yangshuo

'Shopping Street' di Guilin

'Shopping Street' di Yangshuo

'Shopping Street' di Yangshuo

'Shopping Street' di Guilin

'Shopping Street' di Guilin

'Shopping Street' di Guilin

'Shopping Street' di Yangshuo

'Shopping Street' di Yangshuo


0 Comments:

Post a Comment