GUILIN - PART II : POKOK PUTIH

Setiap kali melalui jalan-jalan di #Guilin pasti akan terlihat susunan pokok-pokok ditepi jalan yang batangnya diwarnakan putih.

Sangkaan saya tujuannya adalah untuk memberi pantulan kepada pemandu ketika waktu malam adalah meleset.

Warna putih tersebut bukanlah cat tetapi kapur. Kapur disapu pada batang pokok pada waktu sejuk atau 'winter'.

Salah satu pokor yang dikapur putih di Elephant Trunk

Barulah saya tahu bahawa tujuannya adalah untuk mengelakkan serangga daripada merosakkan pokok.

Serangga di sini akan 'hibernate' ketika waktu sejuk dan ia gemar berlindung di batang pokok. Kebanyakkan serangga disini adalah dari jenis merayap/merangkak. Disebabkan itulah batang pokok di kapurkan dari bawah.

Salah satu pokok yang dicat putih di perkarangan masuk ke Fubo Hill

Jika tidak disapu kapur, serangga yang melekat di batang pokok dalam jangka masa yang lama mungkin akan menghasilkan kepompong dan akhirnya menjadi seperti ulat beluncas. Ulat inilah yang akan memanjat batang pokok dan akhirnya memakan daun-daun atau pucuk.

Ada yang bertanyakan tentang teknik ini jika di aplikasikan di Malaysia. Balas orang lokal tersebut, serangga di Malaysia adalah berbeza dan adalah daripada jenis boleh terbang. Sukar untuk mengawalnya daripada merosakkan pokok dengan teknik kapur kerana ia boleh terbang terus kepada daun dan pucuk.

Rata-rata masyarakat disini mengamalkan cara tradisional dan alami terutamanya dalam pertanian dan di rumah. Racun serangga atau penyembur bahan kimia adalah kurang popular.

Saya juga diberitahu petua alami untuk menghalau semut. Kulit telur di hancurkan dan di bakar sebelum di tabur pada sarang semut atau laluannya.

Petua seterusnya adalah untuk mengahalau cicak. Kata mereka cicak bencikan bau bawang. Bawang besar dan putih di tumbuk atau di kisar dan digantung pada tingkap atau pintu masuk.

Begitulah takjubnya ciptaan Allah swt. Setiap yang diciptakan tidak dicipta secara sia-sia. Nikmat tuhan yang mana lagi kita dustakan?

Seronoknya #kembara. Hari-hari dapat ilmu yang baru. #TopUpIlmu

Wallahualam...

1 comment:

  1. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    ReplyDelete