UK : Falsafah anjing dan manusia

Rata-rata bila berjalan dibumi inggeris ni setiap apa yang berlaku didepan mata ni semuanya menjadi tarikan. Ada juga yang boleh dijadikan isu, perbalahan topik utama seharian.

Bukan kerana terlalu kagum tetapi sesuatu perkara tu jarang-jarang berlaku di dalam kehidupan kita. Buatkan kita berfikir dan mencari pertalian antara perkara tersebut.

Macam yang aku lihat, anjing dan manusia. Betullah kata ahli falsafah 'dog is man's bestfriend'. Mana-mana sahaja aku pergi dari London ke Wales semuanya bersahabat baik dengan anjing.

Samaada anjing tersebut diikat tali atau dibiar terlepas, semuanya mengikut arahan si tuan. Tidak ada lagi anjing yang menyerang aku setakat ini. Walaupun ada yang berselisih dekat.

Disepanjang perjalanan aku menyelusuri sepanjang pantai di Wales daripada selatan ke utaranya, pasti imej manusia dan anjing itu ada. Anjing juga dianggap sebahagian daripada keluarga. Ia juga diberi nama seperti Joe, Sadie, Lola dan jangan tak tahu Bella pun ada ðŸ˜‚😂😂.

Semasa aku di pantai Abersoch melalui perkampungan Pwllheli, pantai ini antara yang paling banyak aku saksikan kelibat dua makhluk ini, anjing dan manusia. Tengok sajalah tapak-tapak kaki di pasir pantai yang menjadi saksi.

Tapak kaki anjing dan manusia di pantai Abersoch


Tarikan di pantai Abersoch. Colored Cottage


Tarikan di pantai Abersoch. Colored Cottage



Bergambar di salah satu cottage di pantai Abersoch. Cottage ini digunakan untuk menyimpan barang-barang kepunyaan tuannya 

Begitu juga ketika duduk menghadap laut di Aberystwyth, pagi-pagi lagi anjing sudah dibawa ke pantai. Ada yang berjalan. Ada yang berlari. Menemani si tuan berjalan dan berjoging.

Manusia menghabiskan masa di tepi pantai beriadah. Di pantai Abersoch


Kelibat manusia membawa anjing-anjingnya bersiar-siar. Di Pantai Aberyswyth

Jangan risau kalau nak berjalan di pantai-pantai ini sebab tak ada satu pun najis yang berciciran di pantai. Walaupun di jalanan. Najis dikutip oleh tuannya dan dibuang di tempat disediakan.

Kalau anjing itu tidak dibenarkan berada di pantai, akan ada papan tanda yang memberitahu sedemikian.

Didepan kedai juga aku perhatikan ada bekas berisi air untuk anjing minum. Sementara tuannya masuk ke kedai anjing akan ditambat atau diikat pada tiang besi atau tiang tempat letak basikal. Takadalah anjing tu kehausan.

Tujuan aku ceritakan perkara ini bukanlah mahu mengagumi anjing itu 100% dan menyeru supaya membela anjing namun mahu menceritakan bahawa setiap makhluk itu ada ruang di sisi manusia begitu juga sebaliknya.

Hargailah apa saja yang ada disekililing kita walaupun ianya sekecil pandangan mata kita. Tiba-tiba teringat Temek, kucing aku yang mati beberapa minggu lalu.

Naabila Mohd Sani
Penjejak pantai kepulauan Wales

2 comments:

  1. Good one, Nabila. Boleh sedut masuk Kofnikel? :D

    ReplyDelete
  2. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete