UK : Misi Pertama

Alkisahnya hari ni berpagian-pagian lagi dah menapak ke stesen kereatapi bagi menjayakan misi pertama #PTLUKWALES.

Laluan menuju ke stesen keretapi. Dalam 20 minit berjalan kaki daripada penginapan


Pemandangan sekitar kawasan penginapan ketika berjalan kaki ke stesen keretapi

Stoking all set, kasut nicely put on. Bukan apa nak banyak berjalan kasut kena dari jenis yang elok. Kalau tak merana dek melecet dan kejang. Stoking pula kena dari kapas, satu sebab untuk memanaskan kaki dan jenis bebaskan bau. Cuaca lembap dan sejuk, almaklumlah.

Selepas bersarapan, telefon bimbit berbunyi. Tandanya task untuk hari pertama akan bermula. On the spot, okay! Ber huhuhu la bila baca mesej.

Tujuan : Tower of London

Menapak 20 minit dari rumah ke stesen Osterley Park. Naik Piccadilly Line (Biru) ke Arnos Grove. Berhenti di Gloucester Road dan tukar platform naik District Line (Hijau) ke Upminster dan turun di Stesen Tower Hill.

Pintu masuk ke Stesen Osterley

Menunggu keretapi tiba

Keluar je dari bangunan stesen terpampang bangunan tersebut didepan mata. Terkesima. Rasa macam nak menangis. Dulu duduk UK tak pernah mai ikut sini. Nampak dari jauh je. La ni pi mai sampai sini.

Papan tanda Stesen Tower Hill. Di stesen inilah saya keluar untuk ke Tower of London


Tangga untuk keluar daripada stesen keretapi

Apa Tower of London ni? Long story short, menara ni sebenarnya adalah istana diraja dan kubu yang tertua didunia. Betul-betul di tengah bandar London dan mengalir Sungai Thames ditepinya.

Tanda nama Tower of London


Tower of London daripada tempat membeli tiket


Salah sebuah menara di Tower of London. Boleh dilihat di pintu masuk menara ini

Sejarahnya bangunan ni berfungsi pelbagai cara berubah mengikut pemerintahan pada masa itu. Pernah juga dijadikan penjara bagi golongan bangsawan dan kerabat raja. Juga merupakan simbol kemegahan pemerintahan ketika itu.

Dari lensa mata saya bangunan ini sangat menakjubkan kerana walaupun telah dibina berkurun lama merentasi beberapa pemerintahan, pembangunannya dijaga dan ubahsuainya tidak mencacatkan nilai estetika dan pastinya dapat di hayati oleh rakyat British merentasi generasi.

Tengok sahajalah semasa saya ke sana, anak-anak kecil telah dibawa ke lokasi ini dan cikgu menerangkan mengenai bangunan ini. Ya sedari kecil!

Anak-anak kecil dibawa melawat ke Tower of London ini. 

Jika taknak masuk ke dalam, boleh juga berjalan di sekeliling bangunan dan membaca setiap informasi yang diberikan. Dapat jugalah lihat kawasan tertentu bangunan tersebut dari sisi luar.

Antara tarikan yang boleh dilihat daripada luar. Ada papan maklumat juga disediakan untuk orang yang lalu lalang


Berswafoto di Tower of London daripada luar bangunan

Terkesima juga apabila terlihat sepasang suami isteri. Suaminya seorang tua, duduk di atas kerusi roda dan matanya sudah tidak boleh melihat. Sang isteri membacakan nota-nota penting di papan maklumat mengenai menara ini. Sambil sang suami bertanya soalan dan dijawab selang seli oleh si isteri. Bertambah hebat!

Nak masuk ke dalam dan ketahui lebih lanjut boleh beli tiket secara atas talian atau walk in ke kaunter. Untuk ahli masuk adalah percuma.

Tiket boleh dibeli disini. Ada kaunter disediakan

Tips untuk beli harga tiket murah belilah di atas talian. Harga atas talian GBP22.70 dan harga di kaunter GBP25 untuk dewasa. Harga boleh berubah jadi kena selalu semak.

Pintu masuk ke Tower of London. Tunjuk tiket yang telah dibeli kepada penjaga pintu

Oklah nak jalan lagi. Buat masa ni hayatilah gambar-gambar segar dan mentah terus dari telefon bimbit saya.

Kalau dah dapat peluang duduk dekat negara orang maka janganlah malas nak meneroka. Hidup kita ni singkat, tapi banyak ruang yang boleh diisi. Belajarlah benda baru walaupun sebesar zarah.

Next!

Naabila Mohd Sani
Pemburu misi
#PTLUKWALES

Kedai menjual souvenir Tower of London. Terletak betul-betul dihadapan pintu masuk ke menara ini



1 comment:

  1. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 8 permainan seru :)

    ReplyDelete