UK : The Arrival

Dibelakang saya adalah skrin yang memaparkan maklumat perlepasan keretapi dan platform


The Arrival, ehhh dah macam tajuk muvi pula.

Keluar sahaja daripada laluan kastam terus sahaja kakiku bawa melangkah mengikut tanda arah ke stesen keretapi.

Kena naik shuttle dari terminal utara ke terminal selatan untuk ambil keretapi ke bandar dan akhirnya ke tempat penginapan. 10 minit sahaja. Ala-ala naik aero train di KLIA.

Sampai di terminal selatan terus menuju ke stesen keretapi ke bandar. Rasa dah tengok papan tanda dengan betul, dibawanya ke luar bangunan terminal. Terus aku menuju kepada susuk tubuh memakai baju hijau (macam baju pantul cahaya tu). Kebanyakan pekerja di lapangan terbang pakai uniform tersebut.

Ni kalau tak tanya mau nya jalan kaki dari terminal selatan ke bandar. Hahaha. Saya ikut tunjuk arah yang diberi. Naik tingkat 1 dan ikut papan tanda. Dalam 10 minit sahaja jalan kaki terus sampai ke pintu platform.

Alamak, nak pakai Oyster Card atau tiket biasa sahaja? Sebab perjalanan nanti banyak menggunakan kenderaan. Ahhh ambil tiket kertas sahajalah. Terus ke kaunter.

Boleh saja aku guna kiosk tiket yang tersusun di pintu platform tapi disebabkan inginkan kepastian, pergi juga ke kaunter. Beli di kiosk ni tricky sikit, anda perlu beli tiket untuk ke destinasi yang betul. Salah stesen takut tak boleh keluar dari stesen atau kena kompaun.

Mesin tiket keretapi

Tanya aja kalau tak konfiden. Kalau duduk lama, beli saja Oyster Card atau Travel Card. Nanti saya cerita dalam bab yang lain.

Tarik beg, terus ke platform 1. Naik Southern Train (hijau) ke London Victoria. Tukar di platform di Clapham Junction. Naik ke platform 5 dan ambil keretapi ke Hounslow dengan keretapi Southern Western (hitam) dan tiba di Syon Lane. Ambil masa 1 jam juga. Eh tak sampai rumah lagi.

Jalan kaki dalam 20 minit ke penginapan. Tarik beg ok. Jangan tanya kenapa tak naik bas? Bila dah sampai tempat orang ni jalan la kaki, sambil-sambil tengok kiri kanan. Dapatlah say hi, hello pada orang yang lalu lalang.

Tarik beg ke penginapan daripada stesen Syon Lane

Jumpa juga dengan rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di sini. Terujaaa baq hang.

Sampai rumah check in dan melantak maggie. Isi perut kalori banyak habis. Haha. Mandi dan solat, terus berjalan di kawasan sekitar. Ukur jalan sampai ke bandar kecil Isleworth, dalam 20 minit jalan kaki sehala.

Bergambar di salah satu tanda nama jalan ketika ke bandar Isleworth

Lebih 10,000 langkah sahaja untuk hari pertama. Harap-harap boleh dapat juga untuk hari seterusnya. Mujur-mujur balik Malaysia nanti kurus sikit.

Pemandangan di Bandar Isleworth. Betul-betul di hadapan stesen keretapi Isleworth. Menarik perhatian saya

Hari pertama bermula cabaran sebenar. Katanya ada task besar. Apalagi yang menunggu hari ni?

Naabila Mohd Sani
Pemburu misi pertama

1 comment:

  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    ReplyDelete