APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI ROYAL FLORIA PUTRAJAYA 2018?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. 

Posting kali ini saya akan bawa saudari dan saudari semua ke Putrajaya, Bandar dalam taman. Ahaks!. #DekatJe

FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2018 / ROYAL FLORIA PUTRAJAYA 2018



Pernah dengar Floria Putrajaya???

Bagi yang pernah berkunjung ke acara ini sudah pasti anda tidak mahu ketinggalan dan melepaskan peluang untuk menyaksikan acara ini saban tahun. 

Bagi yang baru pertama kali ini mengunjungi acara ini, jangan risau kerana saya akan berkongsi sedikit maklumat yang berguna kepada saudara dan saudari sekalian. 


MENJEJAK TAHUN YANG KE-10

Tahun 2018 merupakan tahun yang ke-10 acara ini diadakan di Putrajaya dan berlangsung selama 9 hari bermula 25 Ogos sehingga 02 September 2018.

Pintu masuk dibuka seawal jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 10.30 malam dan anda boleh pilih untuk hadir pada bila-bila masa mengikut kesesuaian waktu anda. 

Walaupun acara ini tiada pada tahun lepas tetapi acara pada tahun 2016 telah menggamit kehadiran seramai 1,000,000 juta pengunjung dari dalam dan luar negara. 


10 WONDERS OF FLORIA

Tema acara tahun ini


Tema acara ini adalah 10 Wonders of Floria sempena kepada 10 tahun penganjurannya. Tema bunga yang dipamerkan pada acara Floria tahun sebelumnya telah dibawa pada acara kali ini seperti Bunga Raya, Orked, Ros, Bunga Kertas, Lili dan sebagainya.

Asyiknya dapat bergambar bersama bunga-bunga segar yang dihias cantik dan sedap mata memandang. Sesuai juga untuk bersantai bersama keluarga di hujung minggu.

Bayangkan lebih daripada 400,000 pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan daripada pelbagai spesies dihimpunkan menjadi pelbagai reka bentuk landskap.

Tahun ini juga menyaksikan penyertaan daripada negara Singapura, Indonesia, Vietnam, Filipina, Taiwan, China, Jepun, Korea Selatan dan Jerman.


PERASMIAN OLEH SULTAN SELANGOR
Acara ini telah dirasmikan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor pada 25 Ogos 2018 yang lalu. 

Turut hadir adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah. Beliau turut melahirkan hasrat supaya acara ini setaraf dengan Festival Tulip yang diadakan di Keukenhof, Belanda.


DAPATKAN TIKET ANDA!!!




Untuk yang bercadang ke acara ini anda boleh dapatkan tiket masuk dengan kadar segera. Ada dua cara samada membeli di kaunter atau secara atas talian. Mana saja yang mudah untuk anda! 

Kalau beli 'online' harga sudah pasti lebih murah. Siap dapat diskaun lagi. Tiket yang saya beli berharga RM9.60 sahaja (tertakluk terma dan syarat).

Tiket boleh didapati di pautan berikut http://floriaputrajaya.com.my/ticketing-information/. Yang paling penting, rancang perjalanan anda. Ramai yang berpusu-pusu ke sini tau!

Kalau nak beli di kaunter anda boleh hadir ke Floria Putrajaya dan beli di kiosk yang berada berhampiran pintu masuk ke Floria ini. Kalau tak pasti, carilah kalau ada orang yang beratur panjang di situlah kaunter tiketnya. Ngee...


Kaunter beli tiket di bawah khemah putih


Pintu masuk Royal Floria Putrajaya 2018


Lepas dah dapat tiket masuk terus pergi ke pintu masuk dan 'scan' kod bar tiket anda dan masuk seperti biasa (ada masuk luarbiasa?). 

Jangan tolak-menolak sebab kesian orang-orang tua dan anak-anak kecil mahupun ibu mengandung. Beratur mengikut giliran masing-masing.

Beri kerjasama kepada krew yang menjaga pintu masuk. Kalau diminta untuk buka beg atau diperiksa, jangan dipertikaikan. Untuk keselamatan semua pihak (Macam seram je).


KEMUDAHAN TIPTOP

Tandas dan surau turut disediakan di sini. Ikut tanda arah yang dipamerkan. Pasti tak sesat. Tapi faham-fahamlah bila dah guna sila pastikan keadaannya bersih seperti asal. Almaklum bila dah ramai.

Antara tempat menjual pelbagai makanan

Tempat makan juga turut disediakan. Bila dah berjalan jauh dan lama perut akan automatik terasa lapar (kahkahkah). Pelbagai jenis 'Foodtruck' ada di sana yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman. Pilih aje lah.


Antara 'foodtruck' yang ada di sini


Bangku tempat duduk juga ada disediakan untuk berehat seketika menghilangkan penat dan lelah. Tapi satu je, janganlah duduk lama-lama sangat sebab orang lain nak guna juga. Paling tak seronok kalau duduk di tembok berdekatan landskap, kita nak tangkap gambar pun serba salah. Takut gambar tak jadi (:p)

Paling penting, tempat parkir kereta sangat luas dan selesa. Parkir lah ditempat yang disediakan dan jangan parkir di tepi-tepi jalan. Anda akan menyusahkan orang ramai. Kalau tak nak kena 'clamp' sila lah ikut arahan (Dengarlah pengalaman orang yang dah duduk Putrajaya ni).

Kereta jangan lupa kunci sebab seronok sangat semua benda lupa. Kereta kalau boleh buka sedikit bagi aliran angin. Kalau datang pagi, petang atau malam tiada masalah. Cuma bagi yang datang pada waktu matahari memuncak.

Tahniah kepada penganjur acara ini iaitu Kementerian Wilayah dan Perbadanan Putrajaya (PPj). Teruskan usaha anda untuk berusaha meletakkan Putrajaya sebagai salah satu destinasi terbaik di Malaysia. Ponggg!!!

Acara ini tidak dinafikan lagi adalah antara produk pelancongan terbaik negara kita selain mengangkat martabat industri landskap dan hortikultur negara. Bangga lah sikit. Sayangi Malaysiaku!!! (Tiberrr)


NIKMATILAH KEINDAHAN ROYAL FLORIA PUTRAJAYA 2018!!!

Nak cerita semua tentang acara ni panjang berjela la alamatnya posting ni. Saya kongsi mana yang penting dan paling pasti anda akan seronok dan teruja. Percayalah. 

Selamat datang ke Royal Floria Putrajaya 2018!!!

Welcome to Royal Floria Putrajaya 2018!!!

Di bawah ini adalah sedikit rangkuman saya ke sana. Pergi sana bawa kamera dan telefon bimbit. Caj bagi penuh kalau tak menyesal. Hehehe

Kalau ada apa-apa boleh roger saya. Kita kongsi-kongsi informasi.




Laman Sri Terengganu
(Royal Floria Garden Award - Silver)


Bergambar kenangan di tanda nama Royal Floria Putrajaya



Teka lah apakah dia? (DM saya namanya)



Design berbentuk hati
Cuba suami isteri tangkap gambar bawah tu. Sweet gitu




Antara zon-zon yang ada di acara ini
(Tanda nama jelas dan terang)



Hobbiton pun ada tau dekat sini
Laman bunga Tanah Rata @ Cameron Highland




Hasil seni daripada KV Chenor
Gabungan elemen landskap dan sejarah. Canggih



Penyertaan daripada negara Taiwan



Penyertaan daripada negara Korea Selatan



Lambang 10 tahun penganjuran Floria



TAK LENGKAP PERGI FLORIA KALAU TAK BERGAMBAR DI LAMAN DIRAJA PERAK. PERGHHH CANTIK GILERRR
(HARAP-HARAP TAHUN DEPAN BAGI CHANCE NEGERI PAHANG. TIBERRR)


















0 Comments:

Post a Comment