PENTING KE INSURANS KETIKA KEMBARA?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!


Tajuk 'entry' kali ini adalah berkaitan insurans atau dengan lebih tepat lagi adalah insurans kembara iaitu insurans yang kita ambil ketika pergi mengembara atau melancong tidak kira domestik atau antarabangsa.

Sesetengah daripada kita ambil mudah akan perkara ini. Ye lah masing-masing mungkin berpendapat bahawa perjalanan kita selamat kalau kita menjaga diri masing-masing. Tetapi sebenarnya tidak selamat seperti yang disangka. Apa-apa sahaja boleh berlaku. Bukan kita minta perkara tidak baik untuk singgah kepada kita tetapi kita ambil langkah berjaga-jaga,

'sediakan payung sebelum hujan' 

'Direct to the point' dalam 'entry' kali ini saya nak perkenalkan satu laman web paling mudah dan cepat untuk anda kenalpasti insurans kembara mana yang sesuai dengan destinasi dan masa perjalanan anda. Yang paling best, anda boleh buat perbandingan hanya dengan 1 klik sahaja (Padu tak?!)

Saya baru je 'discover' benda ni beberapa bulan lepas dan saya nak kongsi dengan anda semua bagaimana laman web ini berfungsi dengan membuat penjelasan mengikut 'step by step' seperti dibawah :

1. PERGI KE LAMAN WEB 'GOBEAR'

Klik sahaja pada nama 'gobear' yang tertera di carian Google anda dan akan keluar 'interface' seperti di bawah (The bear is so cute btw). Anda perlu 'scroll' ke bawa sedikit untuk mendapatkan laman seperti tertera di dalam gambar. 

Sebenarnya anda boleh buat perbandingan untuk insurance kereta, kad kredit dan loan tetapi kita punya fokus adalah kepada 'TRAVEL INSURANCE'.



Klik pada 'TRAVEL INSURANCE' dan anda akan mendapatkan laman seperti di bawah. Untuk pautan cepat boleh ke https://www.gobear.com/my/travel-insurance (Sengaja malas 'link' kan supaya anda lebih rajin. hehehe)



2. ISI MAKLUMAT PERJALANAN ANDA

Untuk langkah yang kedua ni, anda perlu ada semua maklumat mengenai perjalanan anda : 

     2.1 Berapa orang peserta
     2.2 Destinasi yang dituju
     2.3 Tarikh perjalanan anda

Rasanya kalau tengok laman seperti di atas, saya pasti anda semua dah tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan insurans kembara sendiri. Tak perlukan tunjuk ajar pun kan?

Saya buat contoh :

     2.1 2 orang
     2.2 United Kingdom
     2.3 01/12/2018 - 13/12/2018

Apabila selesai masukkan maklumat, klik saja pada 'SHOW MY RESULTS' maka akan terpampanglah pelbagai insurans yang ditawarkan oleh pelbagai 'provider' dengan harga berpatutan masing-masing. Tinggal nak pilih je. 

3. SEMAK NOTA-NOTA PENTING

Kenapa saya tekankan untuk anda menyemak nota-nota penting yang telah anda masukkan tadi adalah kerana kita mungkin terlepas pandang atau tersalah masuk data yang akan menyebabkan insurans kita tak 'valid' (disebabkan kesalahan kita).


Perhatikan kepada kotak kuning yang telah saya 'highlightkan'. Tersalah masuk maklumat maka carian juga akan ikut maklumat yang salah. Bukan disebabkan oleh sistem yang salah tetapi kita yang salah masuk maklumat (berbelit. Ngeee).

Kat atas tu beberapa insurans yang ditawarkan (ada 21 untuk carian saya ini tapi kita 'screenshot' yang atas je. Maaf).

Ishhh murahnya insurans. Tapiiiiii jangan lupa baca 'term & conditions' insurans yang dipilih. Setiap 'provider' adalah berbeza-beza tau. 

4. PILIH INSURANS YANG BERKENAN DI HATI ANDA (GITU)

Kalau dah buat keputusan untuk pilih insurans mana satu maka tekan pada 'GO TO PROVIDER' dan anda akan dibawa terus ke laman web insurans tersebut. Yang ni saya tak boleh nak ajar satu-satu sebab lain insurans lain pautannya. 

Tapi jangan risau, langkah seterusnya senang sahaja seperti biasa, ikut sahaja arahan yang di paparkan di skrin komputer anda. Ada insurans yang memerlukan anda untuk isi semula maklumat perjalanan. Jangan serik, inikan untuk keselamatan anda.

5. JANGAN LUPA BAYAR

Bila dah klik jangan lupa bayar tau. Karang klik-klik tergantung dekat situ je. Ingat dah dapat insurans rupanya belum bayar. Hehehe. 'Excited' sangat.

6. CETAK

Cetaklah polisi yang anda dapat dan bawalah bersama ketika mengembara. Kalau ada apa-apa terjadi maka bolehlah rujuk kepada terma-terma insurans tersebut. Wallahualam.



KENAPA PERLU INSURANS KETIKA KEMBARA???

1. Pernah tak dengar atau baca di surat khabar berkenaan berita rakyat Malaysia dimasukkan ke hospital ketika mengembara?

Sudah tentu untuk beri perlindungan kepada diri kita kalau kita sakit yang diperlukan untuk masuk ke hospital ketika mengembara. Kemalangan diri ni kita tak jangka. Bila dah masuk hospital sudah pasti kita perlukan ubat-ubatan dan rawatan yang memerlukan wang.

2. Pembatalan dan kelewatan penerbangan yang membawa kerugian. Kalau penerbangan batal dan menyebabkan anda tidak dapat 'catch the next flight' anda boleh buat tuntutan insurans.

3. Kehilangan bagasi di pihak penerbangan atau 'airport'. Contoh jika bagasi anda tidak sampai ke tempat destinasi anda, dan anda telah membuat laporan mengenai kehilangan tersebut dan pihak tersebut tidak berjaya mendapatkan bagasi.

4. Kemalangan penerbangan dan kerugian yang ditanggung semasa perjalanan.

5. Menampung perbelanjaan ketika pengurusan jenazah (Ya Allah jauhkanlah). Kos bawa balik jenazah adalah tinggi.



TANYA JANGAN TAK TANYA???

1. Apa beza 'Single Trip' dengan 'Annual'

Jawapannya ada orang dia selalu melancong. Jadi dalam setahun tu mungkin lebih dari 1/2 kali dia mengembara maka untuk lebih jimat, pilih 'ANNUAL' atau tahunan. 

Harganya sudah tentu berbeza dengan 'SINGLE TRIP'.

2. Kalau mengembara lebih dari satu negara, contoh saya kembara ke Thailand lepas tu terus ambil penerbangan ke London, contoh.

Perasan tak pada langkah 1 tu ada tertulis 'ADD ANOTHER DESTINATION'. haaa dekat situlah anda masukkan maklumat perjalanan kedua iaitu UNITED KINGDOM. Seterusnya, ikut sahaja arahan seperti biasa.

3. Insurans mana lebih bagus?

Saya tiada jawapan untuk persoalan tersebut sebab yang penting adalah polisi insurans terbabit. Mahal tak sepertinya baik (tak pasal-pasal promosi percuma kang)

PULANGLAH DENGAN KENANGAN, BUKAN TANGISAN!!!



0 Comments:

Post a Comment