TAMAT TEMPOH PKPB #COVID19, CAMERON HIGHLAND DESTINASI PERTAMA AKU!


Banyak pihak terkesan apabila Covid-19 melanda dunia. Virus yang bermula daripada Wuhan, China itu menular sejak penghujung tahun 2019 sehinggalah ke hari ini yang telah mengorbankan banyak nyawa. Tidak terkecuali negara Malaysia. 

Kes pertama di Malaysia adalah membabitkan 3 pelancong warganegara China yang memasuki negara melalui Johor daripada Singapura (Awani, 2020). Penularan virus ini telah melumpuhkan hampir kesemua sektor pelancongan dan hospitaliti dalam negara. 

Disebabkan keadaan semakin teruk, aku terpaksa batal niat untuk ke Padang, Indonesia. Nasib juga beberapa tempahan belum di buat. Risau juga jika dijangkiti. Aku dan suami buat keputusan untuk tunda perjalanan kami. Sedih juga sebab tu perancangan 'backpacker' pertama aku dan suami. Terkubur!

Tapi bila tengok berita mengenai virus ni, kami rasa lega dan bersyukur. Ternyata keselamatan lebih penting daripada keinginan dan keseronokan. Bayangkan kalau kami teruskan juga perjalanan kami. Kami akan mendedahkan diri kami kepada ancaman virus. Lepas tu bawa pula balik Malaysia. Tak pasal-pasal kena label dan kecam nanti.

Sejak PKP dilaksanakan, tiada lagi aktiviti pelancongan dibenarkan. Larangan untuk keluar negara dikuatkuasa. Kawasan tumpuan pelancongan juga sunyi sepi. Tiada tempahan baru, malah banyak tempahan lebih awal di batalkan dan ada tempahan yang perlu di bayar balik. 

Tak cukup dengan itu, ada syarikat pelancongan terpaksa gulung tikar akibat tekanan kos komitmen yang terlalu tinggi. Hotel-hotel senyap sunyi. Tiada pengunjung. Ramai pekerja terpaksa di potong gaji, diberi cuti tanpa gaji malah ada yang dibuang kerja. 

Begitulah berita yang aku dengar sejak dua menjak ni. Sedih. Ye lah pelancongan itu sendiri dekat dengan aku. Pelancongan itu sendiri dah menjadi darah daging aku. Iyalah kadang aku cari pendapatan tambahan melalui bidang ini. Bidang ini juga menjadi pembuka mata dan batu loncatan untuk aku buka mata melihat dunia luar. 

Kawan-kawan aku juga ramai yang berada di dalam bidang ni. Semuanya terkesan. Ada yang bergantung pendapatan dengan sumber ini. Cubit peha kanan, peha kiri terasa. Begitulah. Tapi pengalaman kami berkelana ke negara orang banyak mengajar kami untuk menghargai dan menikmati setiap apa yang berlaku di hadapan kita. 

Di luar negara, kita sesat, payah, semuanya baru. Tapi kita teroka, tetap melangkah untuk melengkapkan misi pengembaraan kita. Kekuatan itulah yang mendidik kita sekarang para pengembara untuk terus kuat dan melangkah. Once a traveller always a traveller!

Tapi aku dah bagi tahu suami, tamat tempoh PKPB #covid19, Cameron Highlands destinasi pertama aku! Ye lah berapa lama kita duduk terperuk di rumah kan? Walaupun dah banyak kali ke Cameron Highlands sejak kecil lagi. Arwah baba aku pula memang gemar bawa kami masa kecil-kecil ke sana. Kenangan sungguh!

Aku plan nak bergambar di kebun teh, walaupun dah berpuluh keping gambar dekat sana. Pemandangan ladang teh tu memanggil. Minum pula teh panas. Perghhh...

Kali ini kalau aku pergi, aku nak bawa Encik Suami ke Mossy Forest. Nak daki dan teroka hutan rekreasi ni. Yang ni je masih belum sempat pergi. Pengalaman sebelum ni aku kongsi dekat sini & sini.

Makan strawberry, cari jagung manis dan makan kedai tomyam sedap dekat sana. Tak sabarnya. Dengar pula pengusaha pelancongan dekat sana sangat komited dan bersedia menerima kedatangan pengunjung dengan norma baharu. 

Bukan Cameron Highlands saja, lepas ni mahu satu Malaysia aku pusing semula. Nak pula Sarawak tak pernah jejak lagi. 

Ermmm nak tidur hotel mana ye? 






1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete