TIADA BAZAAR RAMADHAN DI NEGERI PAHANG. PAHANG GO BOLEH MEMBANTU ANDA!

Menteri Besar Pahang
Sumber Gambar : ISMAWeb

PEMBATALAN PENGANJURAN BAZAAR RAMADHAN 

Kerajaan Negeri telah membuat keputusan bahawa penganjuran bazaar Ramadhan di Pahang dibatalkan bagi membendung penularan wabak Covid19 ketika ini.

Mengambil kira kemaslahatan peniaga dan pembeli, kerajaan negeri telah meminta pengurusan Pahang Go untuk membantu mewujudkan satu platform untuk menangani isu ini. 

APLIKASI PAHANG GO

Sebenarnya masih ramai yang belum tahu mengenai kewujudan aplikasi 'Pahang GO' yang telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Aplikasi ini telah berada di platform Play Store & Apple Store bermula 23 Oktober 2019 lagi. 

Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan pengguna untuk membuat pelbagai pembayaran bil dan cukai selain daripada mendapatkan hebahan maklumat terkini berkaitan Kerajaan Negeri Pahang. 

Logo Aplikasi Pahang Go

Jadi, aplikasi yang direka khas bagi penduduk negeri Pahang ini bakal menjadi 'One Stop Centre' atau pusat sehenti kepada kita semua rakyat Pahang. 

Seperti contoh, kalau wokme kena kompaun kerana kesalahan parkir kereta, boleh terus bayar melalui aplikasi ini. Toksah susah-susah ke pejabat majlis. Nak parkir satu hal. Ye dok?

Lepas ni nak parkir di Pahang, toksah susah-susah gores-gores. Boleh guna parkir digital, bayar atas talian. Walaubagaimanapun, ianya di laksanakan secara berperingkat. Fasa 1, di Cameron Highlands, Fasa 2 bermula November 2019 (Kuantan, Bentong, Raub, Lipis dan Temerloh).

Lagi satu wokme tak ada lah bagi alasan tak sempat bayar cukai taksiran dan apa-apa lagi pembayaran yang berkaitan dengan kerajaan negeri. 

Kewujudan aplikasi serupa ini adalah yang pertama di Malaysia. Pahang merupakan perintis kepada aplikasi ini yang meliputi maklumat negeri, pelancongan, pembayaran bil dan cukai. 

Selain itu, boleh juga membuat pembelian tiket bas, pembayaran yuran pengajian serta pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan.

Aplikasi yang dibina anak tempatan ini seiring dengan menyahut cabaran semasa iaitu konsep pentadbiran digital.

Tapi wokme jangan risau. Amalan pembayaran bil di kaunter masih dibuka. Pilihan di tangan wokme. 

Menurut sumber, caj yang sama dikenakan kepada pengguna jika wokme membuat pembayaran di kaunter. 

PAHANG MART

Menerusi aplikasi ini, satu platform pasaraya atas talian akan diwujudkan bagi memudahkan peniaga memasarkan juadah berbuka puasa yang dinamakan Pahang Mart.

Menerusi portal ni, wokme boleh tengok senarai gerai jualan dan juadah yang mereka tawarkan. Pengguna boleh buat tempahan dan pembayaran melalui portal ni dan platform penghantaran juga disediakan. 

DAFTAR SEBAGAI PENGHANTAR

Kalau ada yang berminat untuk menjadi penghantar makanan, boleh membuat pendaftaran di aplikasi tersebut.

MUAT TURUN SEKARANG

Jadi jom pakat-pakat muat turun aplikasi ini. Koi bagi sekali pautan untuk muat turun :




0 Comments:

Post a comment