Apa yang perlu anda tahu kalau travel dengan mak ayah yang sudah berusia?

Sebelum ni mesti semua pernah dengar atau lalui masalah bila pergi travel dengan rakan-rakan kan? Ada yang pulang dengan kegembiraan dan paling tak best bila terpaksa pulang dengan air mata dan sakit hati. 
Bergambar di Ginza

Tapi berlainan pula kalau travel dengan ibu bapa kita. Kalau travel dengan keluarga terutama ada ibu bapa ada beberapa perkara penting yang perlu kita ambil tahu. Nak pula kalau kita adalah perancang utama untuk trip tu.


1. Fleksibiliti Perjalanan

Kalau travel dengan rakan mesti nak penuh pelan itinerari dalam sehari. Macam-macam tempat kita nak pergi. Iya lah rugi kalau dah sampai satu destinasi tu tapi tak melawat semua tempat. Begitulah.

Tapi kalau travel dengan ibu bapa yang sudah berumur atau ada masalah kesihatan kita mesti tahu tahap kemampuan mereka. Kalau dengan rakan kita boleh jalan kaki sehingga 20,000 langkah sehari tapi kalau dengan mak ayah mungkin tak sampai 10,000 langkah.

Kena faham keupayaan mereka. Nak pula kalau mak ayah ada sakit kaki atau lelah. Mereka pasti cepat penat dan letih.

Jadi, kalau perjalanan anda nampak macam perlahan tu janganlah mengeluh. Tak ada apa yang nak dikejar. 

2. Makan dan minum

Bab makan dan minum ni memang antara perkara yang boleh bawa gaduh dalam kalangan grup. Ada yang tak makan pedas, ada yang nak manis dan ada yang tak boleh makan selain makan nasi dan lauk Malaysia. 

Kalau kita mungkin boleh makan semua benda sebab kita anggap semua tu perkara baru kalau travel. Tapi kalau mak ayah kita nak makan nasi, layankan lah. Mungkin mereka memang betul-betul tak boleh makan makanan jenis lain.

Masaklah lauk-lauk yang biasa mereka makan. Atau kalau boleh bawalah persiapan makanan kering macam sambal bilis garing ke. Sebab kadang mereka dapat makan dengan satu lauk tu je pun dah memadai.

Bukan apa bimbang mereka tak makan nanti jatuh sakit pula. Kalau melarat lagi tak boleh bawa bincang. Lagi satu makan dan minum pula kena 'on time'. 

3. Keperluan diri dan perubatan

Yang ni paling penting sebab ubat memang kena ambil tepat pada masa. Nak pula kalau ada sakit yang kronik. 

Sebelum pergi bercuti tu dah siap-siap susun dan kira ubat yang perlu dibawa. Siap label atau masuk bekas siap-siap supaya tahu ubat apa dan bila untuk dimakan.

Bawa atau tulis priskripsi ubat siap-siap takut kalau-kalau dekat pemeriksaan sekuriti nanti ditanya oleh pegawai. Kalau boleh dalam Bahasa Inggeris. Senang difahami seantero dunia.

Ubat sakit perut, panadol tu macam dah wajib bawa kalau pergi travel. Ubat panas atau sapu juga perlu bawa untuk keselesaan kalau sakit.

4. Elak tempat yang terlalu sesak atau melibatkan aktiviti lasak

Ha, yang ni situasi yang selalu berlaku kalau ke satu-satu destinasi. Tempat sesak dan terlalu ramai orang boleh merimaskan serta boleh buat sesak nafas. 

Selalu tempat macam ni panas. Jadi, kurang selesa untuk mak ayah kita. Jadi, elakkan lah kawasan yang sebegini. Kalau sekejap mungkin boleh dipertimbangkan. 

Jangan minta mak ayah kita buat aktiviti yang lasak. Contoh macam paragliding ke, bungee jumping ke dan sebagainya. Nak main ski pun kena tengok-tengok. Bimbang terjatuh dan mencederakan mereka.

5. Rakam momen indah

Yang ni paling best kalau dapat rakam momen indah semasa bercuti. Iyalah boleh buat kenangan zaman berzaman. Gambar kita bersama mak dan ayah yang memang tak boleh dibeli dimana-mana.

Momen ni mungkin tak nampak kegunaannya sekarang tapi akan dikenang nanti bila kita dah tua. Rajin-rajin juga rakam video ye. 


Sebagai seorang anak kita perlu tahu dan rasa keperluan mereka tak kira di mana sahaja mereka berada. Barulah kita boleh pulang dengan kegembiraan. Orang kata pengalaman tu nanti mendewasakan kita. Hubungan kekeluargaan pula akan lebih akrab.

Wallahualam.

3 comments:

  1. Mantap! Boleh share di Kofnikel, Bella?

    ReplyDelete
  2. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
    add Whatshapp : +85515373217 x-)

    ReplyDelete