Kelas Penulisan Bersama Pn Suraya Ali

Kelas Penulisan Bersama Pn Suraya Ali (a)

Setelah sekian lama menulis di blog tanpa sebarang panduan yang betul akhirnya dapat juga hadir ke kelas asas menulis blog yang dikelola oleh Pn Suraya Ali. 
Beliau merupakan seorang pelatih E-usahawan di Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Jadi, menulis di blog ni memang salah satu kepakaran beliau. 

Banyak juga panduan yang di ajar dan kami terus praktikkan semasa di dalam kelas. 

Dalam menulis ini tiada tips atau jalan pintas untuk berjaya. Semuanya perlu menulis, menulis dan menulis.

Kelas Penulisan Bersama Pn Suraya Ali (b)

Kelas yang berlangsung satu hari itu dibuat di Tech Mahindra, Cyberjaya. Bilik kursus yang sangat selesa dan cara penyampaian ilmu juga sangat santai. 

Kursus yang saya hadir ini adalah lebih kepada penulisan untuk menulis dalam lingkungan dunia kembara.  

Terima kasih kepada #ptl #projektourleader yang memberi peluang kepada saya untuk menghadiri kelas ini. 

Kelas Penulisan Bersama Pn Suraya Ali (c)


0 Comments:

Post a Comment