ASIA : PART 1 LOMBOK

Assalamualaikum...

(Gambar : Kamera Sendiri)

Merujuk kepada tajuk diatas, entry kali ini adalah berkaitan dengan trip ke Lombok. Lombok terletak di Indonesia. Speficially di Barat Nusa Tenggara. Produk utama adalah pelancongan.

Sebut je Lombok, confirm ada yang terfikir :

'eh bukan Lombok ke tempat orang perempuan selalu kena culik?'

'Dulu aku selalu dengar cerita rakyat Malaysia banyak hilang bawa ke Lombok'

'Lombok ni macam tempat orang asli cannibal ke?'

'Takut la pergi Lombok!'

Tak pasti kesahihannya tetapi berkemungkinan ada kaitan dengan tradisi atau budaya salah satu kaum di Lombok, iaitu suku kaum yang terbesar iaitu 'Sasak' (Later in other entry).

(Gambar : Kamera Sendiri)

Lapangan Terbang Lombok adalah di kawasan Praya dan dinamakan Lombok Praya Airport. Gambar di atas menunjukkan tempat provider taxi, buses, private car etc berkumpul just outside from airport building. 

Perjalanan ambil masa dalam 3 jam 10 minit. Depend on air traffic juga. Hari tu landed 30 minit earlier from schedule. Tips 1 : Pastikan ada return tix samada stored in phone atau printed sebab imegresen memang akan minta.

Landed je terus on wifi and connect dengan airport wifi nak contact dengan Pak Haerun, wakil villa (Dah booked airport transfer) siap-siap. First dial, terus angkat dan minta tunggu di kaunter taxi di luar bangunan (dalam gambar).

Sampai je Pak Haerun terus minta bawa pergi makan. Dah alang-alang nak tengahari. Makan siap-siap sebelum ke Bangsal untuk ke Gili Trawangan. Along the way ke tempat makan nikmatilah pemandangan kiri dan kanan. Ada tanam padi, jagung dan semangka.

Yang best Lombok ni bandar dia tak macet macam Bali, Bandung, Jakarta etc. Jalan raya dia terbaik. No bumpy. 

Rumah makan ni dalam 30 minit dari Lapangan Terbang. Rumah Makan Tg Karang. Makanan memang lokal. Recommended Pelicing Kangkung dan Ayam taliwang.

 (Gambar : Kamera Sendiri)

Nak makan duduk atau duduk bersila pun boleh. Makan berdiri atau berlari, kau memang nak kena. Hawauuu orang Melaka kata.



 (Gambar : Kamera Sendiri)

Ayam taliwang. Ayam ni bukan anak ayam disembelih kecil-kecil lepas tu masak, memang ayam ni saiz dia begini. Sauce marinate dia memang terbaik. Cicah dengan sambal pedas memang kebaboom. Yang tak tahan pedas ambil sikit je.



Lepas makan, terus ke bangsal (jeti) untuk naik bot ke Gili Trawangan. Gili = Pulau. Banyak pulau di Lombok sebenarnya. Yang popular dengan pariwisatanya adalah Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. 

1 jam lebih dari rumah makan ke Bangsal. Layan cerita supir sambil  menikmati pemandangan kiri kanan jalan. Aman dan tenteram je di Lombok sama macam prinsip orang-orang Lombok yang cintakan keamanan. Kefahaman antara satu sama lain adalah penting (another story in other post).


 (Gambar : Kamera Sendiri)

Sampai di sini terus di bawa naik bot. Bot ni private speed boat so harga dia mahal sikit dari naik feri atau bot biasa ke Gili Trawangan. Harga berbeza so better check dengan local atau kawan-kawan atau mana-mana blog yang reliable sebelum beli. 

Bargaining skill mesti kena power kat sini (You know what I mean)

Selesai barang-barang diangkut naik ke dalam bot pun bergerak. Ambil masa dalam 10 minit je ke seberang. Gerak lu pape roger!

x End of Part 1 x



0 Comments:

Post a Comment