ASIA : PART 2 LOMBOK

Assalamualaikum...

...Continue from Part 1...

GILI TRAWANGAN


Perjalanan diambil dari darat ke Gili Trawangan dalam 10 minit. Yang mana mabuk laut boleh sediakan plastik. Cumanya a bit sad with the provider sebab tak apply high security kepada pelanggan. Suppose sepatutnya kami diberi life jacket. 10 minit memang la tak lama tapi apa-apa boleh jadi.


Bot yang dinaiki untuk ke Gili Trawangan. Bot ni 'airport transfer' dari tempat menginap


Sesi mengangkat barang ke dalam bot. Cabut kasut/selipar sebelum masuk sebab takut tergelincir. Almaklumlah air, licin.


Melintasi bot panjang yang digunakan untuk mengangkut penumpang dari pulau ke daratan


Tiba di Jeti Gili Trawangan disambut oleh lokal Lombok. Ok dekat sini bermula la hidup di Gili Trawangan (ceh macam hidup lama je dekat sana). Masa nak berjalan ke tempat banyak kereta kuda bau jagung bakar menusuk hidung (cairan butter di atas jagung, slurppp). 


Bot yang diparkirkan di jeti di Gili Trawangan (Masa ni bot tengah 'adjust' nak parkir)

Tanda nama Gili Trawangan. (Dekat depan tu aje ada orang jual jagung)

Pengangkutan utama di sini adalah kereta kuda, basikal dan berjalan kaki. Kereta kuda atau dipanggil 'Cidomo' adalah pengangkutan utama. Jadi, bunyi tapak kaki kuda dan 'ching-ching' besi berlaga memang lumrah. Macam zaman-zaman 'medievel' gitu.

Kami sewa Perjalanan hotel daripada jeti adalah sekitar 20-30 minit berjalan kaki. Tapi kami ambil keputusan untuk menaiki Cidomo. 

Naik Cidomo ke tempat penginapan

 
Sampai di hotel kami disambut oleh staf hotel dan sejurus selesai pendaftaran kami dibawa ke kamar. Oh sebelum terlupa, kami menginap di Kelapa Villa, nama Villa Mimpi.

'Pool' di Villa Mimpi. Dalam dan tak sesuai untuk kanak-kanak


Ruang tamu & tempat kami lepak main PUBG. Ngeeeeee


Teruja dengan anyaman yang dijadikan pemisah

Berbalik semula kepada Cidomo. Uniknya pengendali Cidomo ini menggunakan bahasa yang difahami oleh kuda. Nak perlahan, ke kiri, kanan dan sebagainya. (Jangan tengah-tengah naik kau ajuk-ajuk lak tak pasal ke semak perginya)

Pulau ni naik basikal dalam 40 - 60 minit boleh habis pusing. Sewa la basikal dengan hotel atau tempat sewa basikal di tepi-tepi jalan. Sewa dikira harian. Pusing la berapa kali pun nak. 

Pulau ni popular dengan aktiviti menyelam dan snorkeling. Banyak 'service providers' yang buat 'boat tour' dan sewa peralatan dive/snorkeling. Sediakan duit je. Snorkel tepi-tepi pantai pun dah boleh nampak ikan-ikan.

Buai yang memanggil-manggil ramai orang datang ke Lombok ni, trademark. Buai ni merata boleh dapat di tepi pantai

Boleh santai-santai tepi pantai sambil minum dan makan atau menyaksikan matahari terbenam. Gituuu.

Orang-orang Lombok juga peramah dan penuh sopan santun gitu. Pelancong jangan cakap la, ramai ya ampun nak-nak kalau musim panas Eropah. 


TENUN SONGKET

Selesai di Gili Trawangan, kami ke sebelah tanah besar (Bandar Mataram). Kami ke Pusat Kerajinan Tenun Songket Patuh di Sukarara. Kata Pak Supir, kain tenun di sini antara yang terbagus atas sebab penghasilannya secara tangan dan satu tenunan ambil masa hampir 3 minggu ke 1 bulan bergantung kepada saiz dan corak tenun.

Pusat Kerajinan Tenun Patuh Sakurara

Kata salah seorang penenun, dulunya setiap anak dara yang ingin berkahwin mestilah pandai menenun. Kalau tak lepas, tak dibenarkan kahwin. Kata beliau lagi, ia adalah untuk mengelakkan daripada seni tenun ini hilang dalam kalangan generasi muda (Dapat tangan macam aku, hancusss, tak kahwinlah agaknya. Huuuuuu)

Harga macam biasalah, kena tawar menawar. Biar harganya sampai lumayan.


MUTIARA

Sempat juga kami singgah ke kedai Mutiara 'Sinar Mutiara Lombok' untuk cuci mata melihat mutiara air laut dalam dan air masin. Banyak kedai jual mutiara, terpulanglah mahu pergi yang mana.

Mutiara air masin di padankan dengan gelang

Kedua-duanya ada beza dari segi kecantikkannya. Mutiara air laut dalam lebih mahal dan cantik. Mutiara air laut boleh dijual di sekitar Indonesia sebab disertakan dengan kad (Details) untuk pastikan keaslian mutiara yang dibeli.

Rekabentuk mutiara adalah menggunakan tangan dan berbeza-beza harga mengikut skil ia diukir.


SASAKU

Kalau ke Lombok tak singgah ke Sasaku macam tak lengkap. Tempat beli 'souvenirs' Lombok, Syurga Ole-ole. Tempat ni nyaman sebab ber 'ac'. Dari sekecil-kecil 'keychain' hingga sebesar kain tenun semua ada. Haaaa Pilih...

Sasaku tempat borong ole-ole Lombok. Mohon 'courtesy' Kompasiana untuk gambarnya. Masa ni hujan so tak sempat nak snap gambar depan

Menurut Pak Supir, Sasaku ada dua cawangan di Lombok. Satu di Senggigi (Saya disini) dan satu di Lopan. 

Selesai ber'shopping' kami dihantar pulang ke airport untuk penerbangan ke Kuala Lumpur. Tamat


KATA PAK SUPIR

Budaya di Lombok, kalau nak menikah, si lelaki kena culik si perempuan dan bawa 'lari' bermalam 2 atau 3 hari (Senyum kau ye). Tetapi dengan syarat si lelaki harus bawa bersama saudara mara atau keluarga bersama untuk teman.

Selalunya rancangan 'culik' ini telah dirancang oleh kedua-dua keluarga. Jadi, takdelah pasangan tersebut lari tak jumpa-jumpa. Hehehehe

Dalam tempoh 'hilangnya' pasangan tersebut, kedua-dua ibubapa pasangan akan berjumpa dan berbincang mengenai perkahwinan.

Pasangan yang berkahwin akan diarak seluruh kampung untuk bagi tahu yang mereka sudah berkahwin.

Kata Pak Supir lagi, di Lombok, perkahwinan silang agama itu masih wujud. Apabila sepasang kekasih ingin berkahwin (skema ayat), si wanita akan mengikut agama si lelaki. Wallahualam.







0 Comments:

Post a Comment