Kalau namanya pergi melancong atau mengembara sudah pasti bab makan tidak boleh dikompromi. Iyalah ramai yang mengembara untuk menghayati budaya masyarakat tempatan yang mereka kunjungi.
Selain daripada melawat ke destinasi tumpuan pelancong dan berinteraksi dengan penduduk lokal sudah pasti pengembara seperti saya juga ingin merasai makanan lokal. Barulah lengkap kembara kita itu.
Ha kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang antara tempat makan best di Langkawi iaitu Restoren Kak Yan Nasi Campur.
Kalau nak tahu tempat makan best di Langkawi Restoren Kak Yan Nasi Campur ini adalah antara pilihan ramai pelancong yang ke sini. Tidak kiralah pelancong tempatan atau luar negara. Masa saya ke sini penuh restoren ini dengan pelbagai jenis manusia.
Lauk-pauk yang disediakan adalah daripada makanan kampung dan tempatan. Jadi, memang kena dengan selera kita rakyat Malaysia.
Bukan sahaja lauk pauk malah ada juga pencuci mulut yang terdiri daripada kuih muih, bubur, bubur cha cha, dan bubur pulut hitam (hidangan ketika saya di sana).
Ada juga ikan bakar daripada pelbagai ikan dan paling best dipadankan dengan air pencecah yang pelbagai.
Hidangan lauk pauk yang dijual di tempat makan best di Langkawi Restoren Kak Yan Nasi Campur
Jenis ikan bakar di tempat makan best di Langkawi Restoren Kak Yan Nasi Campur
Ulam-ulaman pelengkap hidangan di tempat makan best di Langkawi Restoren Kak Yan Nasi Campur
Sambal pencecah untuk dimakan bersama ulam atau ikan bakar di tempat makan best di Langkawi Restoren Kak Yan Nasi Campur
Tidak lupa juga ulam-ulaman menghijau bagi melengkapkan pilihan makanan sihat.
Tempat makan best di Langkawi Restoren Kak Yan Nasi Campur ini ada menjual hidangan kerabu beronok. Pertama kali saya makan masakan ini dan rasanya memang terbaik. Beronok ni adalah salah satu hasil laut dan teksturnya liat. Memang merecik.
Tidak sempat saya dapatkan gambar jelas hidangan kerabu beronok ini kerana pada ketika itu hidangannya telah tinggal sedikit.
Kerabu beronok. Di tengah-tengah antara terung dan sawi hijau
Beronok (Sumber : Wikipedia)
Tapi pada hari kedua saya ke sini, masakan ini barangkali sudah habis. Maka datanglah di awal waktu.
Walaubagaimanapun, memang best dapat merasa masakan yang kena dengan selera kita. Nak teruskan perjalanan pun senang hati.
Tak susah pun nak cari tempat makan best di Langkawi Restoren Kak Yan Nasi Campur. Sejurus tiba di Lapangan Terbang Langkawi, saya mendapatkan kereta sewa dan terus mencari restoren ini. Lokasi tempat makan best di Langkawi Restoren Kak Yan Nasi Campur ini hanya 5km daripada lapangan terbang.
Nak lebih spesifik ke tempat makan best di Langkawi Restoren Kak Yan Nasi Campur ni anda perlu keluar daripada lapangan terbang dan di bulatan ambil susur no 2 sehingga jumpa lagi satu bulatan juga ambil susur keluar no 2. Memandu kehadapan sedikit dan restoren akan berada di sebelah kiri jalan.
Jangan risau tempat makan best di Langkawi Restoren Kak Yan Nasi Campur ini selalu di penuhi dengan orang dan kenderaan bersusun di tepi jalan. Jadi tak adalah susah nak cari kedainya.
Jangan tanya di mana saya temui tempat makan best di
Langkawi Restoren Kak Yan Nasi Campur ini. Saya menggunakan aplikasi
Google sahaja. Ternyata rekomendasi daripada warga internet tidak salah.
Tempat parkir kereta juga luas. Tak adalah nak berebut-rebut. Tempat duduk juga banyak.
Kalau nak datang ke tempat makan best di Langkawi Restoren Kak Yan Nasi Campur ini anda perlu buat carian di Google Maps atau Waze.
Waktu operasi : Setiap hari dari jam 8 pagi hingga 4 petang
Selamat menjamu selera di tempat makan best di Langkawi Restoren Kak Yan Nasi Campur.
0 Comments:
Post a Comment