Langkawi merupakan salah satu tempat wajib untuk dilawati oleh rakyat Malaysia. Pulau yang masyhur ini juga merupakan destinasi utama pelancong asing yang datang ke Malaysia.
Langkawi merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Kedah. Kedudukannya yang hampir dengan satu pulau kepunyaan negara Thailand iaitu Koh Lipe, yang juga merupakan pulau yang cantik.
Jadi, kalau anda merancang untuk ke Langkawi jangan lupa untuk menyusun itinerari anda supaya perjalanan kembara berjalan lancar.
Disini saya ingin kongsikan tempat menarik di Langkawi yang anda boleh ambil kira jika ke sini. Berikut adalah tempat yang sempat saya lawati sepanjang berada di Langkawi.
Air Terjun Telaga Tujuh
Air Terjun Telaga Tujuh merupakan tempat mesti di lawati jika ke Langkawi kerana keunikkannya. Air terjun ini merupakan satu rangkaian air terjun yang punca utamanya daripada tujuh mata air.
Kebetulan saya berpakaian sukan tempoh hari, jadi saya berpeluang untuk mendaki hingga ke Telaga Tujuh.
Aktiviti mendaki ini adalah tidak bersesuaian kepada warga yang berumur kerana perlu mendaki sebanyak 900 anak tangga yang mengambil masa lebih kurang 45 minit sehingga 1 jam untuk sampai ke puncak.
Melalui cerita yang saya dengar sejak kecil lagi bahawa air terjun ini menjadi tempat mandi si pari-pari. Tujuh ekor pari-pari kesemuanya. Dan air tersebut dikatakan boleh menyembuh penyakit. Wallahualam.
Semasa saya di air terjun ada pasukan bomba yang berkawal disini bagi memastikan keselamatan pengunjung disebabkan lantai datarnya pendek dan licin. Takut-takut nanti ada yang tergelincir dan dibawa air terus ke bawah. Terima kasih Bomba dan Penyelamat.
Nasib saya tidak diganggu oleh monyet ketika mendaki. Takut juga makanan yang saya bawa diambil dan dibawa lari. Seeloknya bawalah beg dan masukkan kesemua makanan ke dalamnya dan makan bila perlu.
Alhamdulillah, walaupun hampir putus asa ketika di pertengahan jalan, saya tetap meneruskan perjalan perlahan-perlahan mendaki ke atas. Ternyata pemandangan daripada atas lebih menenangkan.
Papan tanda pemberitahuan jarak anda ke Telaga Tujuh. Disini lah tempatnya saya hampir putus asa untuk naik ke atas
Keadaan tangga untuk mendaki. Nasib ada pemegang tangga untuk melepaskan lelah atau berpaut ketika rasa hendak jatuh kebelakang
Papan tanda yang menari minat saya
Bergambar berlatarbelakangkan air terjun Telaga Tujuh. Air yang mengalir daripada telaga di atas. Nyaman dan segar
Air terjunnya jernih dan sejuk. Sesuai untuk menyegarkan badan dan berehat
Tiba juga di Telaga Tujuh selepas satu pendakian yang menyeksakan. Berjaya!
Antara tujuh telaga yang menjadi sumber air kepada air terjun di bawah. Kebetulan tiada pula yang mandi disini. Hanya ada beberapa orang sahaja di atas ini
Ada pelantar di Telaga Tujuh ini dan dibelakang saya adalah kereta kabel. Boleh lihat kereta kabel bergerak ke puncak jambatan di atas
Dataran Lang
Dataran Lang atau juga dikenali sebagai Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi yang menjadi destinasi wajib pelancong yang datang ke Langkawi.
Bentuk burung helang ini adalah setinggi 12 meter dan helang ini didalam keadaan kepaknya dikembangkan seolah-olah hendak terbang ke langit.
Saya datang pada jam 11 pagi dan cuaca dah makin hangat dan cadangan saya datanglah pagi ketika cuaca masih sejuk. Berpeluh juga di buatnya.
Ada juga deretan kedai menjual cenderamata berdekatan tugu helang ini.
Tempat parkir kereta berbayar disediakan dan tiada caj kemasukan dikenakan untuk ke tugu helang ini.
Alamat : Persiaran Putera Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Tanda nama Langkawi di Dataran Lang berdekatan dengan tempat parkir kereta
Di bangunan inilah deretan kedai menjual cenderamata
Tugu Lang daripada pandangan sisi
Tugu Lang daripada pandangan hadapan. Tempat fotografi paling ideal
Telaga Ayer Hangat
Telaga Ayer Hangat ini terletak di Pekan Ayer Hangat lebih kurang 14km daripada Bandar Kuah. Tarikan utamanya adalah telaga mata air yang panas dan mempunyai kandungan garam yang tinggi dan berupaya menyembuhkan beberapa jenis penyakit.
Kebaikan airnya dapat melegakan sakit sendi, sakit badan, arthritis dan pelbagai penyakit kulit.
Tiket masuk ke Telaga Ayer Hangat
Tempat rendaman kaki di Telaga Betina
Kandungan mineral di dalam air masin daripada telaga ini
Telaga air asli. Disini juga disediakan gazebo untuk pelancong duduk merendam kaki
Uniknya telaga ini, ia merupakan satu-satunya kolam air panas yang mengeluarkan air masin di semenanjung Malaysia. Selain daripada air panas ada juga tarikan lain seperti kolam rendaman kaki, jakuzi, urutan spa, kedai menjual cenderamata, dan persembahan kebudayaan.
Yuran masuk : RM10 (dewasa) & RM5 (kanak-kanak)
Alamat : 16, Jalan Air Hangat, Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Telefon : 04 959 1195
Hutan Lipur Durian Perangin
Hutan Lipur Durian Perangin ini terletak tidak jauh daripada Telaga Ayer Hangat. Hanya 10 minit pemanduan.
Bergambar di papan tanda hutan lipur
Terima kasih kepada Pak Cik yang mengukir cenderamata helang di Telaga Ayer Hangat yang memberi cadangan kepada saya untuk ke tempat ini. Katanya air terjun disini cantik. Tak ramai yang tahu ke sini kalau ke Langkawi.
Untuk ke sini saya telah melalui kawasan perumahan yang juga dijadikan laluan kenderaan ATV. Jadi, tidaklah sunyi. Tiba sahaja di pintu masuk hutan lipur ini ada beberapa deretan gerai menjual cenderahati dan kedai makanan.
Salah satu kedai menjual cenderamata di pintu masuk ke ai terjun
Air terjun disini dikelilingi oleh dusun buah-buahan milik penduduk tempatan dan kelihat banyak pokok durian dan rambutan ditanam disini. Bayangkan saya berjalan di bawah pokok-pokok durian yang sedang berbuah lebat.
Pokok durian yang berbuah lebat di sepanjang laluan di air terjun. Berhati-hati jangan ada yang terhempap buah durian
Rezeki dapat rasa durian di sini
Bagi saya tempat ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang merancang untuk berkelah dan berehat bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada tandas dan tempat bbq disediakan.
Seeloknya berpakaian sukan dan berkasut atau yang sesuai jika mahu ke sini. Laluannya sedikit berbatu. Walaubagaimanapun, disediakan tangga untuk memanjat ke atas dan melihat air terjun di tempat lebih tinggi.
Tiada bayaran dikenakan untuk masuk kesini.
Boleh panjat ke atas lagi untuk melihat air terjun
Pasar Malam Kuah
Saya selalu beri tahu kepada rakan-rakan kembara saya kalau kita nak belajar mengenai budaya sesuatu destinasi yang kita lawati cubalah dahulu makan makanan tempatan mereka.
Saya berkesempatan untuk ke Pasar Malam Kuah yang hanya di buka pada waktu tertentu.
Semasa saya di sana terdapat ramai pelancong daripada tanah besar China mencuba makanan tempatan dan daripada riak muka mereka sudah tentu mereka suka dengan makanan yang mereka beli dan makan.
Alamat : Lencongan Putra 3 Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi : Selasa dan Sabtu bermula jam 5.30 petang hingga 10.00 malam
Antara kuih lokal yang dijual di pasar malam
Kuih yang diberi nama tokiyoo. Dalamnya ada perasa kaya dan kacang merah. Sedap dan manis
Antara kuih lokal yang dijual di pasar malam
Miang kam pun ada dijual, rasanya sebiji kalau makan di Hatyai
Menyaksikan matahari terbit di Laksa Ikan Sekoq Pantai Airport
Orang kata kalau datang sini tak makan Laksa Ikan Sekoq macam tak best. Tapi saya bukanlah penggemar makanan tersebut tetapi cuba jugalah ke kedai tersebut untuk membawa yang lainnya makan di sana.
Bukan rezeki untuk merasa laksa sebab dah habis tetapi mee sup nya memang terbaik.
Makan disini sambil melihat matahari terbenam memang mendamaikan. Nak pula kalau pergi berbulan madu. Aduhhh.
Kalau daripada lapangan terbang belok kiri dan memandu sehingga simpang T dan ambil kiri. Pastikan dikanan anda adalah PULAPOL dan memandu kehadapan sedikit dan anda akan lihat ada kedai yang dibuka ditepi pantai.
Oh boleh juga menikmati air kelapa sambil menyaksikan kapal terbang mendarat dan terbang.
Selain itu ada juga aktiviti menunggang kuda, berkelah dan bermandi manda.
Bergambar berlatarbelakangkan matahari terbenam
Antara kedai yang menjual laksa ikan sekoq
Sudah pasti banyak lagi tempat menarik di Langkawi yang anda boleh lawati tetapi haruslah bergantung kepada masa dan kesempatan yang anda ada. Oh dan bajet anda juga.
Semoga penulisan ini membantu kembara anda ke Langkawi nanti.
Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
ReplyDeletemampir di website ternama I O N Q Q.ME
paling diminati di Indonesia,
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
~bandar poker
~bandar-Q
~domino99
~poker
~bandar66
~sakong
~aduQ
~capsa susun
~perang baccarat (new game)
segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
Whatshapp : +85515373217