ALAMAK! CERMIN KERETA PECAH. APA PERLU ANDA BUAT?


Entri kali ni 'out of topic' sikit tapi panduan ni berguna kalau berlaku semasa dalam kembara domestik anda.
Alkisahnya pada satu malam masa nak keluar ke kedai terdengar bunyi macam tayar kereta lalu atas jalan tar yang baru lepas turap. 

Kebetulan hari hujan jadi tak ada lah nak fikir apa-apa. Yang ada dalam fikiran cuma mungkin bunyi yang dikeluarkan apabila tayar lalu diatas jalan raya ketika hujan. Itu biasa. 

Si suami yang memandu pun menolak tuil pengelap cermin belakang sebab pandangannya terganggu dek cermin yang macam kena air hujan. Titisan air pada cermin tidak juga bersih. 

Barulah tahu bahawa cermin belakang sudah pecah. Dan bunyi yang semacam lalu diatas jalan tar itu sebenarnya bunyi kaca-kaca yang jatuh. Kami bernasib baik sebab cermin tidak pecah habis dan tidak jatuh berderai. Terima kasih kepada 'tinted' yang dipasang. Memegang serpihan kaca dengan teguh sekali. 

Disebabkan masa kejadian adalah waktu malam, jadi kami tunggu pagi esok sahaja untuk urusan insurans dan ganti baru. 

Agak paniknya bila memikirkan kedai cermin tutup sebab sambutan Hari Raya China semakin hampir. Kalau-kalau kedai cermin tiada stok untuk cermin belakang. Aduhhh. 

Keesokkannya, En Suami minta saya semak 'cover note' atau penyata insurans kereta kami. Alamak, saya lupa dimana saya letak helaian kertas tersebut. Yang ada hanya resit pembelian insurans daripada MyEG. 

Saya cuba untuk buat panggilan kepada syarikat insurans yang saya langgan, Zurich Takaful. Gagal. Panik lagi! Sebab cermin perlu ditukar juga kerana petang nanti kami ingin pulang ke kampung. 

Kebetulan hari Jumaat adalah cuti bagi wilayah. Panik kami bertambah-tambah. Dengan beberapa keperluan barangan yang dipesan dari kampung masih belum kami beli.

Idea datang kepada En Suami untuk membuat panggilan kepada MyEG. Kami memperbaharui insurans kami di MyEG. Alhamdulillah dalam beberapa minit sahaja selepas panggilan ditutup, kami menerima 'cover note' tersebut melalui emel. 

Cepat-cepat pergi cetak dan untuk insurans Zurich Takaful dokumen seperti (i) Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan, (ii) Salinan lesen memandu pemilik kenderaan, (iii) Salinan geran kenderaan dan (iv) Cover note. 

Semak cover note pada 'Additional Extra Coverage/Endorsements' untuk item-item yang dilindungi insurans. Alhamdulillah cermin kereta kami di lindungi insurans. Hati semakin tenang!

Saya membuat carian panel untuk kedai ganti cermin kereta bagi insurans yang kami ambil. Sudah semestinya bengkel ini yang paling hampir dengan tempat tinggal kami. Carian boleh didapati di sini. (Pautan ini hanya untuk panel cermin sahaja).

Sampai di bengkel, kami menyerahkan dokumen tersebut dan mengisi borang (maklumat asas) yang disediakan. Disebabkan stok cermin belakang tiada dibengkel tersebut kami terpaksa menunggu lama untuk mengambil stok dikedai lain. Tak apalah. Janji cermin belakang dapat ditukar dan dapatlah kami pulang ke kampung.

Penukaran cermin kereta selalunya memakan masa lebih kurang dalam 1 jam sahaja (berdasarkan pemerhatian saya di bengkel cermin). 

Cermin akan dicabut dan kaca-kaca akan dibersihkan. Cermin baru akan dipasangkan dan siap!

Selesai cermin kami dipasang, tuan bengkel memberikan kami resit jaminan pelindungan cermin selama 2 tahun. Jika bocor, boleh ke bengkel tersebut untuk servis baiki dan penukaran. 

Urusan selesai!

Tapi perlu diingat bahawa jika harga yang diinsuranskan kurang daripada harga cermin, anda perlu membayar lebihan tersebut. Contoh, jika perlindungan insurans hanya pada kadar RM400 dan harga cermin adalah RM500, anda perlu membayar RM100.

Jika anda menukar cermin kereta bukan pada bengkel panel, anda boleh 'claim' pada syarikat insurans anda dan pastikan salinan resit disimpan. Gambar sebelum dan selepas juga perlu diambil. (Bergantung kepada prosedur insurans anda).

Jangan takut untuk claim. Itu hak anda!

*Entri ini adalah untuk insurans perlindungan Zurich Takaful. 

2 comments:

  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete
  2. We, Mobile Windscreen, offer best windscreen repair and replacement services in Malaysia. We also offer kurnia windscreen panel services. Our windscreen specialists make sure our clients get best services all the time.

    ReplyDelete