Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Entri kali ini adalah sewa kereta di UK semudah ABC. Memandu di kereta merupakan salah satu mimpi ngeri kepada sebahagian daripada kita. Iya lah hendak pula kalau memandu di negara atau tempat yang memang kita tak pernah datang.
Lagi pula kalau melibatkan undang-undang berbeza daripada di Malaysia. Lagi satu, kalau di Malaysia dah biasa memandu menggunakan kereta automatik tetapi sekali ke luar negara kena pula memandu kereta manual.
Jangan tanya kenapa tak sewa kereta automatik? Sebab kereta manual lebih murah woiii. Kalau jenis kembara macam aku yang jenis bajet selalu kena pandai lah nak hidup. Sewa kereta di UK memang boleh semudah ABC tetapi memandu di sana boleh jadi susah sehingga XYZ.
Jadi, aku nak kongsi dengan semua cara macam mana aku sewa kereta untuk kembara aku ke UK awal tahun hari tu. Aku kena laman web Europcar. Aku tak ada sebab jitu kenapa aku pilih Europcar bukan laman web lain. Sebabnya adalah masa tu laman web tu je yang bagi aku harga yang kena dengan bajet semasa.
Langkah 1 : Buka Laman Web Europcar
Sewa Kereta di UK Semudah ABC (i)
Aku bagi pautan pantas terus untuk ke muka depan laman web Europcar ni. Klik je dekat sini.
Langkah 2 : Pilih Jenis Kenderaan & Masukkan Maklumat Perjalanan
Sewa Kereta di UK Semudah ABC (ii)
Yang dalam ruang merah yang aku dah kotakkan tu perlu diisi dengan betul. Pilih jenis kenderaan. Nak memandu trak atau van ke, atau nak memandu kereta mewah ke. Kalau nak memandu kereta mewah, klik pada 'Prestige . Selection'.
Kot lah ada keinginan nak memandu kereta Jaguar atau Porsche mengelilingi Kota London.
Langkah ni penting sebab kos yang akan dibayar adalah bergantung kepada maklumat yang diberi. Bayangkan kalau aku turun dekat London Gatwick tiba-tiba aku pergi sewa kereta bermula di London Luton. Tak ke haru?
Masukkan maklumat untuk ‘pick up’ kenderaan. Selalunya kenderaan diambil di lapangan terbang di mana anda mendarat. Atau jika anda telah anda pilihan tempat lain untuk ambil kenderaan anda, pastikan alamat tersebut tersenarai di dalam pilihan yang diberi di laman web. Kenderaan boleh diambil di (i) lapangan terbang (ii) stesen keretapi (iii) port (iv) bandar.
Masukkan maklumat lapangan terbang, LHR / London Heathrow Airport untuk ‘pick up’ dan ‘drop off’. Jika anda ingin memulangkan kenderaan ke lokasi berbeza, masukkan alamat tersebut.
Masukkan tarikh menyewa kenderaan yang anda telah tetapkan. Masukkan jangka waktu anda akan tiba di tempat ‘pick up’. Pastikan masa yang dimasukkan adalah tepat kerana kegagalan untuk memulangkan pada waktu boleh dikenakan caj tambahan atau denda-denda yang lain.
Masukkan umur. Satu perkara ye, kalau anda berumur dibawah 25 tahun dan ingin memandu di UK, kos sewa adalah lebih mahal. Sebab insurans akan mahal. Muda bergetah macam tu. Mahal lah kosnya. Hahaha
Masukkan negara anda - Malaysia. Harga akan di pamerkan mengikut pilihan negara yang telah dipilih.
Klik butang ‘pilihan’ untuk langkah seterusnya.
Langkah 3 : Pilih Jenis Kenderaan & Maklumat Berkaitan
Sewa Kereta di UK Semudah ABC (iii)
Paparan skrin akan memaparkan pilihan kenderaan berdasarkan ‘top sale’ dan anda boleh mengubah carian ini kepada pilihan yang lain seperti dalam gambar di atas.
Selalu laman web ni akan siap-siap kecilkan carian kita kepada yang sesuai dengan apa yang kita nak. 'Top Sale' ni yang selalu orang guna atau yang orang cadangkan untuk kita guna. Atau mungkin dapat komen yang baik.
Sewa Kereta di UK Semudah ABC (iv)
Kalau rasa dah konfiden nak kereta tu, tengok pula beberapa perkara. Yang ni penting dan selalu banyak orang langkah je atau baca sambil lewa.
(i) Mileage
Pastikan pilih ‘unlimited mileage’ bagi mengelakkan kita kena bbayar lebihan wang jika meter kenderaan melebihi mileage yang dibenarkan. ‘Unlimited mileage’ membenarkan kita memandu jauh tanpa ragu.
Logiknya kalau kita nak 'claim' pun ikut kilometer kan?
(ii) Transmisi kenderaan
Kadar sewa kenderaan manual lebih murah daripada kereta automatik. jadi, pilihlah yang sesuai dengan kemahiran dan kemampuan. Peringatan! Jangan saja-saja nak cuba memandu kereta manual kalau tak biasa. Risau pula aku...
(iii) Umur min
Umur minima untuk memandu kenderaan adalah 22 tahun. Walaubagaimanapun, caj lebihan akan dikenakan untuk pemandu dibawah 25 tahun.
(iv) Bilangan penumpang yang dibenarkan
Waspada dengan bilangan penumpang yang boleh dimuatkan didalam kenderaan tersebut. Jangan ‘over capacity’. Kereta boleh muat 4 orang kau masukkan sampai 8 orang.
(v) Harga
Harga dipamerkan disebelah kanan dalam matawang negara yang dipilih. Harga ‘bayar sekarang’ lebih murah daripada ‘harga bayar kemudian’. Walaubagaimanapun, tidak semua pilihan tempat dibenarkan untuk ‘bayar sekarang’.
Maksud bayar sekarang tu kita bayar siap-siap. Matawang kan berubah-ubah. Lagi satu kalau bayar kemudian tu macam beri gambaran yang kita belum pasti nak sewa kereta tu.
Klik butang bayar kemudian untuk langkah seterusnya.
Langkah 4 : Maklumat Tambahan
Rasa macam dah nak bayar dah. Uittt sewa kereta di UK memang semudah ABC. Tapi sebenarnya ada lagi satu perkara yang jangan di buat main-main. Bab memandu ni berkait rapat dengan kemalangan. Kita tak minta tapi semuanya tidak diduga. Jadi, sediakan apa yang patut.
Sewa Kereta di UK Semudah ABC (v)
Kenderaan yang kita pilih mula-mula tadi selalunya dilengkapkan dengan pakej perlindungan asas atau ‘basic protection package’ sahaja.
Kalau rasa macam blur nak cari kaunter sewa kereta boleh guna khidmat ‘Arrive and drive’ . Ambil kenderaan terus di luar pintu terminal tanpa perlu ke kaunter sewa kenderaan. Servis ini hanya ada di Terminal 3, Lapangan Terbang Heathrow, UK.
Begitu juga jika waktu anda ingin memulangkan kenderaan, ‘drop off’ servis ada di sediakan dengan tambahan harga. Tapi janganlah malas sangat. Haha
Jika pemandu lebih daripada seorang, boleh lah pilih tambahan ‘additional driver’ untuk memastikan pemandu tambahan di lindungi insurans.
Alat sistem navigasi juga disewa. Tapi sekarang telefon semua dah canggih. Guna telefon bimbit je macam dekat Malaysia guna Google Maps. Pastikan telefon bimbit anda ada liputan rangkaian data internet. Atau anda telah memuat turun peta ‘offline’ bagi negara United Kingdom.
Tambahan tempat duduk kanak-kanak turut disediakan. Adalah diingatkan bahawa di UK, kanak-kanak perlu diletakkan di tempat duduk kereta yang dikhaskan seperti dalam gambar di atas. Kegagalan untuk melakukan perkara ini akan menyebabkan anda di boleh di saman kaw-kaw.
Sewa Kereta di UK Semudah ABC (vi)
Mula-mula kau akan rasa macam dia orang ni buat duit je kerjanya tapi sebenarnya perlindungan ni penting. Sebab kalau dekat negara orang tak ada siapa nak lindung kita melainkan pelan insurans ni. Yang melindungi kita tetap yang satu, Allah SWT. Insafff...
Lagi satu insurans kembara yang hangpa ambil tak ada kena mengena dengan insurans ni. Yang tu lain.
Ada dua pilihan tambahan ‘Medium’ dan ‘Premium’. Harga untuk setiap pakej adalah berbeza. Beza pakej ‘Medium’ dan ‘Premium’ adalah berdasarkan jumlah (harga) perlindungan yang ditawarkan. Untuk kedua-dua pakej ini tambahan perlindungan ke atas cermin depan, lampu dan tayar kenderaan.
Harga disebelah kanan akan berubah jika anda memilih untuk menambah mana-mana perkara di atas.
Terdapat lebih banyak lagi perlindungan dan servis yang ditawarkan. Lihat gambar di bawah.
Pilihlah perlindungan dan servis yang sesuai dan mandatori! Jangan bazirkan wang pada servis yang tidak perlu. Maksudnya kalau tak ada kanak-kanak tak payahlah sewa tempat duduk kanak-kanak. Adehhh...
Sewa Kereta di UK Semudah ABC (vii)
Klik butang ‘check out’ jika anda telah selesai memilih item-item yang diperlukan.
Langkah 5 : Isi Maklumat Pemandu & Pembayaran
Sewa Kereta di UK Semudah ABC (viii)
‘Log in’ jika anda pernah mendaftar dengan laman web ini. Jika tidak, abaikan.
Lengkapkan maklumat 1-4 secara satu persatu.
1. Maklumat pemandu
a) Nama
b) Tarikh lahir
c) Emel
d) Nombor telefon
2. Maklumat pembayaran
a) Nombor kad - pastikan kad kredit yang digunakan adalah nama anda sendiri
b) Tarikh tamat tempoh
3. Maklumat ‘frequent traveler’ - jika ada
a) Pilih program
b) No keahlian
4. Maklumat ketibaan
a) Nombor penerbangan
Klik pada butang ‘T&C’ dan klik pada butang pembayaran. Pengesahan pembayaran akan di hantar ke emel anda.
Jika pembayaran tidak berjaya dapatkan maklumat tersebut di paparan skrin. Mungkin perlu menukar kad lain, atau kad kredit lain atau membuka untuk online transaksi bagi kad bank.
Masukkan semula maklumat pembayaran dan klik pada butang ‘complete booking’. Pastikan tidak melakukan proses ini melebihi tiga kali bagi mengelakkan ‘over charge’ atau kad anda di sekat.
TAMAT
* Entri ini adalah proses yang dilalui oleh penulis ketika membuat tempahan di laman web Expedia. Sebarang kesalahan adalah tanggungjawab pembaca!
* Entri ini adalah sebagai rujukan sahaja.
salam nk tanya.. kalau kita sewa kereta di london boleh ke pandu kereta tu luar dr london contih ke ke paris atau Switzerland?
ReplyDelete