Updated from FB Posting
14 Februari 2019
Selamat pagi dari United Kingdom. Berpagi-pagian untuk ke Bath hari ni. Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam daripada penginapan.
Keluar je daripada rumah asap berkepul-kepul keluar daripada mulut. Angin sejuk menyapa muka. Wow. Sejuk! Sempat swafoto sekali.
Asap dibelakang saya yang dihasilkan oleh boiler (pemanas air) bagi kegunaan didalam rumah
Masa ni sempat lah main hembus-hembus nafas. Nak keluar tangan nak rakam pun fikir dua kali. Sejuk. Seingat saya hampir 3 darjah selsius pada ketika ini.
Saya terus berjalan kaki ke kereta dan alangkah terperanjatnya melihatkan kereta telah diselaputi sesuatu berwarna putih. Terus kaki melangkah dengan lebih cepat ke arah kereta.
Cermin kereta yang silaputi ais
Lapisan ais di badan kereta
Cuba membuang ais menggunakan tangan
Ruanya cuaca sejuk malam tadi menyebabkan cermin dan kereta diliputi lapisan ais. Saya pun meneliti lapisan ini dan menyentuh lapisan tersebut. Ya. Iya adalah ais.
Apa lagi terus masuk ke dalam kereta dan hidupkan enjin serta pasang pemanas cermin. Bagi panas dan cairkan ais. Kata seorang rakan kembara saya, ais tersebut sepatutnya di buang menggunakan penyodok getah (seperti alat pencuci cermin di stesen minyak). Baru mudah ais hilang daripada cermin kereta.
Bila ais dah mula hilang daripada cermin, barulah kami gerak ke destinasi. Ais perlu dibuang bagi memudahkan pemandu kerana ais yang meliputi cermin menyebabkan cermin kereta kabur dan berwap. Bahaya!
Kata rakan saya juga di tempat yang bersalji, urusan membuang ais ini akan menjadi lebih sukar. Bayangkan salji tebal menimbun diatas cermin dan kereta. Sudah pasti memakan masa yang lama untuk membersihkannya.
Ketua kembara ada memberitahu bahawa ada satu cecair digunakan untuk mengurangkan ais meliputi cermin dan memudahkan urusan membuangnya. Ia perlu di letakkan dan diratakan dicermin sebelum kita meninggalkan kenderaan kita.
Percayalah. Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada jalan penyelesaiannya.
Naabila Mohd Sani
Gerak lu pape roger
#PTLUKWALES
ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
ReplyDeletemenangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D