Membeli belah di Outlet Village Krabi ala-ala di Bicester Village, United Kingdom

Sawadikappp...

Apa habaq? Lama dah rasanya tak naik entri baru. Bila semuanya melibatkan mood, jadi perlu betul-betul cari 'ample time' untuk menulis. Kalau dak, boleh jadi haru penulisan. Hampa pun nanti jadi tak syok nak baca.

Kali ni cheq nak cerita pasal tempat membeli belah yang hangpa boleh pergi kalau ke Krabi. Tempat membeli belah ni unik ala-ala macam di Bicester Village, United Kingdom. Atau kalau paling hampir macam di GPO, Genting Highlands. Nak lagi hampir macam di Melaka Premium Outlet.

Yang ada Outlet belakang dia memang sama lah. Di Krabi nama dia Outlet Village Krabi. Terletak di pinggir bandar Krabi, hangpa boleh ke sini dengan menaiki teksi atau naik trak yang diberi nama Songthaew. Songthaew paling murah bergantung kepada tempat 'pick up' anda. 

Untuk trip ni cheq pergi naik van macam yang dalam gambar bawah ni. Sebab Cheq mai daripada Ao Nang. Jauh sikit. 

Bangunan Outlet Village Krabi
Gambar : Naabila Mohd Sani

Kalau naik Songthaew kena berpanas la sikit. Tambahan lagi kena kongsi dengan orang awam lain. Cheq tak sempat nak tangkap gambar Songthaew tapi lebih kurang macam trak kecil yang kita kena duduk dekat belakang. 

Tak digalakkan jika anda bercadang untuk membeli belah sakan. Atau yang ada ahli kumpulan yang sakit lutut atau berumur. Dah tentu akan bergegar-gegar dan melompat-lompat kalau duduk di belakang nanti. Ala macam naik tuk tuk juga pengalamannya. 

Beginilah rupanya Songthaew.
Gambar : Tripadvisor

Antara jenama yang ada di sini macam Adidas, Puma, Nike, Oakley, Le Coq, Converse dan jenama popular Thailand sendiri. 

Tapi cheq macam rasa kedai dekat sini macam bertukar-tukar. Kadang dah tukar kedai lain. Kalau pergi tahun ni dan pergi tahun depan mesti tak sama. Mesti ada kedai baru. 


Antara jenama yang ada di sini
Gambar : Naabila Mohd Sani


 
Cheq cuba nak bergambar bagi nampak papan tanda jenama tu. Maaflah cheq tak pandai selfie. Ini pun jadilah. Abaikan muka cheq yang sunburn. Adat kalau pergi Krabi masuk pulau.
Gambar : Naabila Mohd Sani


Hat ni cuba nak bagi nampak jenama Samsonite. Cheq pakai jenama Lojel. Saja nak bagi tau.
Gambar : Naabila Mohd Sani

Membeli belah disini dah pasti kena sediakan fulus yang berkepok. Bukan apa, harganya dah pasti lagi mahal daripada membeli belah di tempat lain sekitar Bandar Krabi. Namapun berjenama haih. Kalau pergi sini nak murah-murah, loqlaq la hangpa. 

Tapikan kalau hangpa nak cari barangan yang betul-betul berjenama macam Michael Kors, Prada, Gucci macam tak ada je dekat sini. Hangpa masuklah pusat membeli belah lain. Dekat sini macam jenama yang high end tapi dia kategori low end. Cheq pun pening. Hahaha. Fikir lah sendiri.

Pintu masuk ke sini. Wajib nampak menara tu. Abaikan skil fotografi cheq. Hancusss (Ni masa belum masuk kelas. Hahaha)
Gambar : Naabila Mohd Sani

Cheq mai sini nak cuci mata sahaja. Kalau ada yang berkenan hangpa beli lah. Adalah juga diskaun serendah 10%. Lepas dah membeli belah sakan jangan lupa refund semula VAT. Kalau hangpa kaya, hangpa tak payah susah-susah nak claim. Bagi resit tu dekat cheq. 

Nak datang sini bolehlah ke 888 Moo 11 Petchkasem Road, Tambon Krabi Noi, Krabi. Lepas tu selfie sedas dan kongsi dengan cheq na. 

Gerak dulu pape roger!


0 Comments:

Post a Comment